Tak puas hati kos pembaikan mahal sangat, pemilik Model S bom kereta sendiri

oleh Mohamad Hanif|
Kami tidak pasti sama ada ia merupakan satu tindakan yang bijak, atau sekadar mahu meraih tontonan yang tinggi (pendek kata, nak viral) di laman media sosial.

Seorang pemilik Tesla Model S yang juga pemilik saluran YouTube Pommijätkät bertindak mengebom kereta miliknya sendiri disebabkan beberapa isu yang membuatkan beliau tidak berpuas hati.

Setelah empat minggu dihantar ke pusat servis Tesla, Tuomas Katainen mendakwa beliau perlu membayar sebanyak €20,000 (RM95,078) untuk menukar pek bateri baharu.

Katainen membuat keputusan untuk tidak meneruskan pembaikan keretanya, sebaliknya membuat keputusan drastik dengan menamatkan sendiri riwayat kenderaan itu dengan cara yang radikal - meletupkan 30 kg dinamit dan meletakkan patung Elon Musk di tempat duduk.

Anda boleh menonton sendiri video menerusi pautan YouTube di bawah:

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Pengguna laman media sosial Reddit (Stock-Exchange1761) mendedahkan EV Polestar 2 itu sekadar…
Berita Global
Ini ialah kerana bengkel-bengkel persendirian mampu menawarkan kos penyelenggaraan yang jauh lebih…
Berita Domestik
Kedua-duanya merupakan model sedan empat pintu yang paling murah ada di pasaran, dengan Proton Saga…