Tak perlu tunggu 4 tahun, GBT tawar kit badan Land Cruiser 300 untuk pemilik Land Cruiser 200

oleh Mohamad Hanif|
Toyota dalam satu kenyataan rasmi sebelum ini mengesahkan tempoh menunggu selama empat tahun yang perlu ditempuh oleh para pemilik Land Cruiser 300 Series.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Empat tahun mungkin satu tempoh yang agak lama, dan bagi mereka yang tidak mempunyai tahap kesabaran yang cukup tinggi, boleh cuba dapatkan khidmat GBT Restyling Bodykit yang berasal dari China.
 

GBT


Penawaran ini membolehkan mana-mana pemilik model Land Cruiser generasi 200 untuk mengubah penampilan SUV mereka menjadi sebuah Land Cruiser 300 Series.

Di bahagian hadapan, GBT menawarkan pakej rekaan bampar dan gril yang disemak semula, diikuti dengan unit lampu yang menyamai model baharu, beserta dengan lampu nyalaan siang LED.
 

GBT


Selain itu, GBT turut mereka semula unit lampu belakang supaya boleh disesuaikan dengan kemas pada Land Cruiser 200, dan menyamai unit yang ada pada model Land Cruiser 300.

Tidak ketinggalan, bahagian pintu tailgate dan bampar baharu turut ditawarkan supaya anda boleh mendapat satu pakej rupa paras Land Cruiser 300 yang cukup lengkap.
 

GBT


Tiada sebarang harga jualan didedahkan buat masa ini.