Tak perlu perbaharui lesen memandu dari 1 Jun-31 Julai 2021

oleh Mohamad Hanif|
Susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan menyeluruh bermula hari ini, pihak kementerian mula mengehadkan urus niaga dan perkhidmatan yang disediakan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Ini bermakna, hanya urusan yang melibatkan kenderaan perdagangan perkhidmatan perlu sahaja dibenarkan untuk membuat temujanji dengan agensi-agensi seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), PUSPAKOM, APAD, serta Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan Sabah dan Sarawak.

Kelonggaran akan diberikan kepada pemilik lesen memandu (LM), lesen kenderaan motor (LKM) dan lesen vokasional (PSV/GDL) yang tamat tempoh antara tarikh 1 Jun-31 Julai 2021 untuk memperbaharui lesen masing-masing dalam tempoh 60 hari bermula 1 Ogos-30 September 2021.

Apa yang perlu dilakukan adalah memastikan kenderaan masing-masing masih lagi dilindungi oleh perlindungan insurans yang sah dan menunjukkan e-cover note sekiranya diminta oleh pihak berkuasa.

Bagi mereka yang mahu melakukan urusan pertukaran hak milik, anda boleh berurusan dalam talian menerusi e-auto atau MyEG.

APAD dan LPKP juga turut memberikan pengecualian kepada mana-mana pemilik lesen pengendali, permit kenderaan perdagangan, lesen kenderaan pelancongan dan kad pemandu untuk terus beroperasi walaupun telah tamat tempoh, dengan syarat masih lagi mempunyai perlindungan insurans yang sah.

Dalam pada itu, PUSPAKOM melanjutkan tempoh sah laku kelulusan pemeriksaan kenderaan mengikut baki selepas tamat tempoh PKP 3.0.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  “Ia didapati daripada transaksi pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM), pembayaran saman,…