Tak perlu perbaharui lesen dari 1 Feb ke 31 Mac - JPJ

oleh Mohamad Hanif|
Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) mengumumkan bahawa pemegang Lesen Kenderaan Motor (tidak termasuk kenderaan perdagangan) dan Lesen Memandu Kompeten CDL (tidak termasuk Lesen Vokasional) tidak perlu memperbaharui lesen mereka jika ia tamat antara 1 Februari sehingga 31 Mac 2021.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Selepas 31 Mac 2021, mereka perlu memperbaharui lesen mereka dalam tempoh 30 hari, iaitu sebelum 30 April 2021.

Keputusan ini akan memberikan kemudahan kepada pemilik kenderaan persendirian yang lesen memandu mereka bakal mati dalam masa terdekat.

Namun begitu, JPJ mengingatkan bahawa kenderaan mereka masih perlu mempunyai insurans yang sah dan salinan e-cover note insurans perlu dibawa dan ditunjukan kepada pihak berkuasa sekiranya diminta.

Pengecualian ini tidak diberikan kepada pemilik Kenderaan Perdagangan dan pemegang Lesen Vokasional (GDL dan PSV) kerana perkhidmatan pembaharuan untuk lesen-lesen itu dibenarkan di bawah jadual Perkhidmatan Perlu (Essential Services).

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Namun, pemenang lesen bagi kad orang kelainan upaya (OKU) masih tertakluk syarat ditetapkan Jabatan…
Hezeri Samsuri
Seperti biasa, tidak ada sesiapa muncul dengan kajian lengkap dengan data-data kukuh untuk membantu…
Berita Global
Namun, tidak semua maklumat boleh ditukar dengan mudah lagi-lagi yang berkenaan sifat fitrah semula…