Tak pakai helmet, penunggang motosikal didenda tulis karangan!

oleh Mohamad Hanif|
Penunggang motosikal di Madhya Pradesh di tengah India, diminta untuk menulis karangan selepas ditahan polis daerah itu kerana tidak memakai topi keledar.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Hindustan Times melaporkan, untuk tempoh enam hari, lebih 150 penunggang motosikal yang ditahan atas kesalahan sama diminta menulis karangan 100 patah perkataan akibat gagal memakai topi keledar.

Inisiatif itu dilancarkan sempena Minggu Keselamatan Jalan Raya yang berakhir Jumaat lalu kerana pemakaian topi keledar adalah wajib bagi penunggang motosikal di negara berkenaan.

Asisten Superintendan Pradeep Chouhan, berkata sepanjang kempen itu penunggang yang gagal memakai topi keledar akan diminta menulis karangan 100 patah perkataan kerana melanggar undang-undang berkenan.

“Inisiatif ini bermula 11 Januari dan berakhir tujuh hari kemudian. Namun, hukuman itu akan diteruskan walaupun kempen keselamatan sudah berakhir,” katanya.

Dalam tempoh enam hari, penguatkuasaan undang-undang itu diperketatkan bagi meningkatkan kesedaran pengguna jalan raya supaya mematuhi undang-undang.

Menerusi kempen itu juga, risalah keselamatan jalan raya diedarkan kepada pengguna selain pemeriksaan mata kepada pemandu juga turut dijalankan.

Sumber: Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Global
Segmen tradisional atau lebih tepat lagi motosikal berenjin pembakaran dalaman di Vietnam kini…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, seorang suspek…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Jerantut, Superitendan Azman Mat Kamis, berkata siasatan awal mendapati ketika…