Tak minat Golf GTI? Golf GTI Clubsport 296 hp ini mungkin sesuai dengan jiwa anda

oleh Mohamad Hanif|
Beberapa hari yang lalu, Volkswagen baharu sahaja mendedahkan secara rasmi rahsia demi rahsia yang terkandung di sebalik hot hatch Golf GTI berkuasa 245 PS dan 370 Nm itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia bukanlah sekadar Golf yang dilengkapkan dengan enjin yang lebih berkuasa, ini kerana Golf GTI Mk8 membawakan banyak pembaharuan dari segi teknologi bagi menjadikan pemanduan hot hatch ini lebih menyeronokkan.

Namun, bagi mereka yang masih tidak menggemari Golf GTI standard, nantikan sahaja kehadiran sebuah lagi model Golf GTI yang lebih serius, dan difahamkan ia bakal menjadi model GTI Clubsport yang seterusnya dan bakal diposisikan di tengah-tengah Golf GTI dan Golf R.

 


Kelibat model ini sudah pun mula dikesan sedang diuji di Litar Nurburgring dan ia membawakan kemaskini yang lebih agresif berbanding model Golf GTI standard.

Masih mengekalkan ciri pacuan roda hadapan, Golf GTI Clubsport ini membawakan beberapa modifikasi seperti spoiler yang sedikit besar, tip ekzos berbentuk oval, set rim yang lebih garang dan besar, brek cakera berliang hadapan serta ketinggian yang telah direndahkan.

 


Malah, tambah sumber dalaman, GTI Clubsport ini akan dilengkapkan dengan fungsi 'Nurburgring' di mana ia menampilkan tetapan casis yang dikhususkan untuk para pemandu melenjan Golf mereka di Litar Nurburgring.

Menurut satu dokumen dalaman, Golf GTI Clubsport bakal membawakan nadi EA888 2.0 liter berkuasa turbo yang sama, namun dengan talaan yang mampu melonjakkan output sehingga 296 kuasa kuda dan dipadankan dengan kotak gear manual enam kelajuan atau DSG tujuh kelajuan.

 


Seperti kebiasaan, versi Golf yang lebih berkuasa ini dilancarkan pada perjumpaan para peminat Golf bertempat di Worthersee, Austia pada bulan Mei.

Namun, disebabkan wabak pandemik yang melanda dunia, acara tersebut telah dibatalkan dan berkemungkinan besar Golf GTI Clubsport ini akan diperlihatkan secara rasmi menerusi acara dalam talian dalam tempoh terdekat.

 

Berita Berkenaan

Informasi
Berikut merupakan beberapa informasi menarik berkenaan teknologi yang ditawarkan pada VW Golf GTI…