Tak jadi keluar Australia, Honda susun semula strategi jualan

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada Holden yang telah disahkan berhenti beroperasi di negara Down Under, Honda juga didapati menghadapi masalah sehinggakan terpaksa mempertimbangkan cadangan untuk keluar dari pasaran Australia.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Nampaknya, pilihan tersebut tidak akan menjadi kenyataan, namun Honda dikatakan bakal menyusun semula strategi bagi memastikan mereka akan terus kekal relevan di pasaran tersebut.

Ini termasuklah mengurangkan bilangan model kenderaan yang dijual, pengenalan harga jualan tetap serta mengurangkan bilangan bilik pameran di seluruh negara.

Dalam satu kenyataan yang diterbitkan oleh Honda Australia, syarikat itu turut mengumumkan sebuah model baharu yang bakal menggunakan harga jualan tetap pada Julai 2021.

Selain daripada pengenalan harga tetap tersebut, Honda berkata mereka akan memfokuskan kepada tiga model utama, iaitu Honda HR-V, Honda CR-V dan juga Civic (sedan dan hatchback).

Manakala model bajet seperti Jazz dan City akan dikeluarkan daripada katalog jualan di bawah model perniagaan yang baharu ini.

Sumber: Car Advice

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ini kerana, semenjak Honda Civic Type R Limited Edition membuat kemunculan rasmi di peringkat…
Berita Global
Menurut satu dokumen dalaman yang diperoleh daripada CarAdvice memberitahu, Honda kini sedang…
Berita Global
Honda Australia kini menyambut ulang tahun penempatan mereka yang ke-50 dan bagi meraikan…