Tak gemar rekaan gril hadapan M3/M4? Prior Design ada jawapan tersendiri

oleh Mohamad Hanif|
Walaupun BMW mendakwa rekaan gril hadapan yang agak besar dan mampu digunakan untuk sesi BBQ hujung minggu itu adalah kehendak dari pembeli BMW, kami yakin tidak ramai yang mahukan reka bentuk seberani itu pada model berprestasi tinggi M.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Seperti contoh, ketika pengenalan BMW M3 Sedan dan BMW M4 Coupe tempoh hari, tidak kurang juga yang mempertikaikan langkah BMW untuk membawakan rekaan gril tersebut pada kedua-dua model pantas itu.

Jadi, jika anda tidak tergolong di dalam kelompok kipas-susah-mati (die hard fan) gril sebesar alam itu, usah risau kerana pihak Prior Design nampaknya mempunyai solusi tersendiri.

Syarikat talaan dari Jerman itu bukanlah asing dengan jenama BMW, malah mereka terkenal dengan kit-kit badan lebar yang dihasilkan khusus untuk kereta-kereta BMW.

 


Walaupun rekaan baharu bagi coupe M4 itu masih dalam peringkat rendering grafik, tidak dapat dinafikan sentuhan Prior Design itu sememangnya lebih menarik perhatian jika dibandingkan dengan reka bentuk asal.

Dalam video tersebut, ketua Prior Design Andreas Belzek menjelaskan beliau banyak mengambil inspirasi rekaan hadapan BMW M8 untuk diabadikan pada rekaan baharu BMW M4, dan jika dilihat sekali imbas, keputusan akhir yang dipaparkan jauh lebih memuaskan hati.

Namun, Prior Design masih belum membuat keputusan untuk menghasilkan kit bagi menggantikan rupa paras BMW M3/M4, di mana mereka meletakkan pilihan tersebut di kalangan peminat dan pelanggan.

Untuk menonton video di bawah, pastikan anda memilih opsyen sari kata dan terjemahan automatik ke bahasa yang anda inginkan.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, apa yang bakal dibawakan oleh Prior Design mampu mengubah imej feminin Golf Mk8 menjadi…
Berita Global
Menerusi kerjasama antara JP Performance dan Prior Design, mereka bakal membangunkan kit badan…
Berita Global
Lain pula ceritanya dengan model i30 N yang lebih besar dan berkuasa, ia tidak dikhususkan untuk…