Tak dapat beli Ferrari, beli kerusi Ferrari pun boleh!

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Memiliki sebuah Ferrari sudah menjadi impian ramai, tapi harganya mungkin boleh buat kita hanya mampu tengok sahaja. Baru-baru ini, Ferrari telah memperkenalkan produk baharu mereka yang dikenali sebagai “Cockpit”, iaitu sebuah kerusi pejabat yang direka seperti kerusi Ferrari untuk memberi perasaan ala-ala seperti memandu sebuah Ferrari. [gallery columns="2" size="full" ids="27948,27949"] Pereka yang merekacipta produk ini, Flavio Manzoni yang merupakan pereka dari "Ferrari Design Centre". Terdapat dua versi kerusi yang diperkenalkan iaitu “president” dan “executive”. Kedua-dua mempunyai asas dan penyandar yang boleh dilentur. Bagi versi president, ia didatangkan dengan penyandar yang lebih tinggi manakala executive pula lebih sederhana dengan rekaan yang nampak ‘sporty’. Kerusi ini menggunakan material yang sama seperti Ferrari iaitu karbon atau alutex. Pembeli juga dapat mengubahsuai kerusi ini dengan warna dan material mengikut citarasa yang diilhamkan dari model-model Scuderia, Classica dan Inedita. kerusi Harga yang ditawarkan adalah $10,600/ RM46,682 (president) dan $8000/RM35,232 (executive). Mungkin dengan membayar harga kerusi pejabat semahal ini membolehkan kita bekerja dengan laju dan pantas seperti Ferrari. Sumber dan gambar diambil dari www.motor1.com