AOB yang mengadakan mesyuarat secara bulanan adalah badan tunggal yang mengawasi operasi dan tadbir urus dalam Pakatan.
Pada November tahun lalu, ahli AOB semuanya bersetuju dengan program untuk meningkatkan dan mempercepatkan kecekapan operasi Pakatan bagi manfaat syarikat anggota.
Turut dipersetujui ialah pelan tindakan untuk memaksimumkan sumbangan Pakatan kepada pelan strategik dan keuntungan operasi setiap anggota pakatan.
Nissan turut memperakui bahawa Pakatan adalah sumber kepada daya saing syarikat.
Untuk mencapai pertumbuhan yang mampan dan menguntungkan, Nissan melalui Pakatan akan terus berusaha bagi menghasilkan keputusan menang-menang untuk kesemua ahli di dalam Pakatan.
Jelas di sini bahawa Nissan bukan setakat memperakui malah komited untuk terus menjayakan Pakatan yang kini memasuki tahun ke-21.
Penulis: Muhammad Md Tajudin