Tak bayar saman DBKL? Anda kini disenarai hitamkan - DBKL

oleh Mohamad Hanif|
Pesalah trafik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang gagal menjelaskan kompaun sebelum tarikh akhir pada 30 September lalu sudah mula disenarai hitam.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan, berkata tindakan itu akan tetap diteruskan sebagaimana yang diputuskan oleh Menteri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Khalid Samad, sebelum ini.

Katanya senarai hitam itu akan dilakukan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kepada pesalah trafik DBKL yang gagal menjelaskan kompaun.

"Buat masa ini ya tindakan itu akan diteruskan walaupun tawaran diskaun DBKL masih tidak mampu menggalakkan orang ramai membayar saman.
 

"Saya akan berbincang dengan beliau ( Khalid) untuk mencari cara terbaik menyelesaikan isu tunggakan kompaun ini," katanya selepas merasmikan Majlis Pelancaran Buku bertajuk ‘Spesis Tumbuhan Herba dan Rempah Ratus Taman Botani Perdana’, di sini, hari ini.

Sebelum ini hanya RM2 juta bayaran saman tertunggak pesalah trafik DBKL berjaya dikutip walaupun tawaran bayaran dengan kadar diskaun sebanyak 70 peratus telah diberi sejak 1 September lepas.

Sasaran asal DBKL adalah RM100 juta bagaimana pun ia tidak mencapai sasaran.

Menurut rekod DBKL, kira-kira empat juta saman kesalahan trafik dikeluarkan DBKL sehingga Ogos tahun ini melibatkan nilai hampir RM1 billion.

Sumber: Berita Harian

Tags

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Kejadian itu berlaku pada jam 11 pagi semasa penguat kuasa berkenaan sedang mengambil tindakan…
Berita Domestik
"Sekiranya bayaran kompaun tidak diselesaikan dalam tempoh tiga bulan, kes akan dibawa ke mahkamah…
Berita Domestik
  DBKL dalam kenyataan pada Rabu berkata, operasi disertai Warden Trafik Jabatan Penguatkuasaan…