Tak bayar 3 tahun, rider p-hailing rosakkan motosikal sendiri sebelum ditarik ejen

oleh Mohamad Hanif|
Laman Berita Harian melaporkan aksi tular penunggang p-hailing yang didapati merosakkan motosikalnya, dipercayai tidak puas hati kenderaan tersebut hendak ditarik.

Menurut Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, kejadian yang berlaku jam 3.10 petang pada 11 September itu berpunca daripada pemilik yang tidak berpuas hati apabila motosikalnya ditarik kerana mempunyai tunggakan bayaran selama 34 bulan.

Menurutnya, lelaki itu menendang motosikalnya sendiri sebelum kenderaan itu diserahkan kepada ejen tarik kenderaan.

"Laporan tarik motosikal dibuat oleh ejen tarik kenderaan pada hari sama di Balai Polis Brickfield," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sumber: Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Aveta Care on Wheels merupakan satu inisiatif selepas jualan yang direka untuk memberikan bantuan…
Berita Domestik
Menurut Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, faktor utama kemalangan…
Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila penunggang motosikal dikatakan menghalang laluan…