Tak ada sebab berlumba motor tak boleh dapat 9A untuk SPM!

oleh HEZERI SAMSURI|
Pelumba Cub Prix Ammeer Dhiyaulhaq Errman membuktikan bahawa berlumba motosikal bukan halangan untuk berjaya di dalam pelajaran.

Ammeer meraihkan keputusan 9 A di dalam SPM beliau baru-baru ini dan dinobatkan juga sebagai pelajar terbaik di Perak.

Pelumba berusia 18 tahun itu menuntut di SMK Sains Teluk Intan (SEMESTI) dan sepatutnya berlumba pada Mei lalu di Litar Tangkak tetapi terpaksa ditangguhkan kerana Sekatan Pergerakan Penuh yang berlangsung sekarang.

"Saya berusaha keras untuk memastikan saya bersedia bagi pengajian saya dan juga pembabitan saya dalam sukan permotoran. 

"Semasa PKP, saya mempunyai lebih masa untuk benar-benar tekun dalam pembelajaran, " sambung anak muda yang berasal dari Kuala Lumpur itu.

Buat masa sekarang, Ammeer melakukan khidmat penghantaran makanan sementara menunggu tarikh baharu perlumbaan beliau.

Menurut ayahnya, Errman Zuhady Zainal, Ameer sebenarnya datang dari sebuah keluarga yang memang meminati jentera dua roda. 

Syabas Ammeer kerana telah membuktikan bahawa keseimbangan itu boleh wujud jika mahu!