Tajaan Moto3 - M7 Racing perlu bayar RM3.32 juta kepada SIC

oleh Mohamad Hanif|
MAHKAMAH Tinggi Johor Bahru memihak kepada Litar Antarabangsa Sepang (SIC) berhubung tindakan perundangan terhadap penaja, M7 Racing Sdn Bhd (M7), sebuah syarikat berkaitan dengan Kumpuan Mutiara Motors.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Pada 30 Januari 2020, Pesuruhjaya Kehakiman, Evrol Mariette Peters membenarkan SIC untuk membuat tuntutan berjumlah RM3.32 juta yang tidak dibayar M7 seperti dalam perjanjian untuk menaja pasukan Moto3 yang beraksi di Kejohanan Motosikal Dunia.

SIC dalam satu kenyataan berpuas hati kerana tuntutan itu akhirnya selesai tetapi berasa kecewa kerana ia hanya dapat diselesaikan di mahkamah.

Di sebalik semua itu, SIC kekal positif untuk bekerjasama dengan syarikat tempatan atau antarabangsa dengan objektif untuk membangunkan industri sukan permotoran selagi kedua-dua pihak komited dan memenuhi perjanjian penajaan.
 


M7 yang memegang lesen minuman bertenaga, DRIVE M7, adalah rakan penaja utama untuk pasukan Drive M7 SIC Racing Team di saingan Moto3 pada 2015 dan 2016.

Pelumba negara, Zulfahmi Khairuddin dan Jakub Kornfeil dari Republik Czech mewakili pasukan untuk musim 2015 manakala Adam Norrodin dan Zulfahmi bergandingan pada 2016.

SIC diwakili Messrs Shearn Delamore & Co untuk proses tuntutan itu.

Kredit: Harian Metro. 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
SIC memandang serius terhadap perkara itu dan komited untuk menegakkan standard kelakuan,…
Informasi
SIC yang sedang melaksanakan kerja-kerja penurapan semula trek, bagaimanapun, mengesahkan tiada…
Berita Domestik
  "Persepsi orang ramai sebelum ini SIC adalah tempat untuk orang elit disebabkan kerana mungkin…