Taiwan - Kereta api tergelincir dalam terowong, lebih 50 maut

oleh SALINA JALIL|
Sebuah kereta api Taroko Express yang membawa 490 penumpang dilapor tergelincir ketika melalui terowong di Hualien, timur Taiwan, semalam.


Susulan itu, perkhidmatan kecemasan dan menyelamat segera diaktifkan dengan petugas melaporkan ada penumpang menunjukkan 'tiada tanda hidup'.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

AFP melaporkan 50 penumpang diklasifikasikan sebagai 'mengalami serangan jantung di luar hospital' - istilah digunakan bagi seseorang yang tidak menunjukkan tanda masih bernyawa.

 

Pemandu kereta api adalah di antara mangsa yang maut dan sekurang-kurangnya 69 orang yang selamat sedang dirawat di beberapa hospital di Hualien County.


Sebilangan yang maut masih belum disahkan pengenalan diri, tetapi pihak berkuasa percaya bahawa semua mangsa yang terperangkap telah pun dikeluarkan. Antara mangsa yang maut yang telah disahkan adalah seorang warganegara Perancis, manakala dua warga Jepun dan seorang warga Macau adalah antara mereka yang cedera.

 

Menurut Pentadbiran Kereta Api Taiwan (TRA) yang dilapor Focus Taiwan - CNA, insiden itu berlaku pada jam 9.28 pagi ketika kereta api Taroko No 408 itu dalam perjalanan ke Taitung dari Shulin, New Taipei.

 

Siasatan awal mendapati gerabak kedua dan ketiga kereta api itu tergelincir dan TRA turut mengumumkan penubuhan pasukan khas untuk menyiasat punca sebenar kejadian.

 

 

 

CNN

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Video yang tular di media sosial menunjukkan gerabak terbalik dan penumpang melarikan diri ke…