Tailor Made bikin 9 unit GT4 Lusso T kustom khusus buat rakyat Jepun

oleh Mohamad Hanif|
Nun jauh di kawasan matahari terbit, negara Jepun merupakan salah satu daripada pasaran penting untuk pembuat supercar dari Maranello, Ferrari.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Membuktikan betapa pentingnya Jepun sebagai pasaran kukuh Ferrari, pada penghujung tahun 2016, mereka telah melancarkan model edisi istimewa J50, dibangunkan menggunakan asas daripada 488 Spyder dan dibina sebanyak 10 unit terhad bersempena dengan ulang tahun yang ke-50 'penjajahan' Ferrari di sana. 

Setelah hampir dua tahun masa berlalu, divisyen kustom di bawah naungan Ferrari iaitu Tailor Made kembali lagi dengan sembilan unit GT4Lusso T dengan beberapa rekaan kustom yang mampu memberikan idea bagi mereka yang mahu memiliki sebuah Ferrari yang lain daripada yang lain.
 


Acara tersebut mengambil tempat di Kedutaan Itali, Tokyo dan menarik perhatian lebih 300 orang yang hadir untuk melihat hasil kerja Tailor Made dengan tema yang berbeza setiap satu. 

Walaupun berbeza bahasa, rakyat Jepun membuktikan sokongan mereka terhadap jenama kuda perang tersebut menerusi peningkatan jumlah jualan model supercar khususnya Portofino dan 812 Superfast, dan dengan pengenalan model-model kustom talaan Tailor Made, ia mampu meningkatkan lagi minat rakyat di sana untuk memiliki sebuah Ferrari. 

Sehingga 30 September yang lalu, Ferrari telah menjual sebanyak 6,853 unit kenderaan di seluruh dunia, peningkatan sebanyak 472 unit dalam tempoh yang sama pada tahun lalu. 
 

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
  Red Dot:Best of the Best ialah anugerah teristimewa untuk rekabentuk produk yang terulung atau…