Tahun pertama beroperasi, GoEv catat jarak gerak lebih 500 ribu km

oleh Penyumbang Rencana|
Setelah setahun dilancarkan semenjak Disember 2021, perkhidmatan GoEV yang disediakan oleh GoCar telah berjaya mencatatkan 500,000 km jarak gerak dari barisan kereta EV mereka pada platform tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

goev

 

GoCar kini memiliki lebih daripada 1,000 orang pengguna bagi mengalami pemanduan bandar yang tenang dan bersih di kawasan Lembah Klang melalui pilihan perkongsian program GoEV.

90 peratus daripada pelanggan GoEV terdiri dari mereka yang pertama kali memandu kenderaan elektrik.

 

GoEV

 

Ketua Pegawai Eksekutif GoCar Malaysia, Wong Hoe Mun berkata, “Pasaran EV di Malaysia telah mendapat momentum, khususnya dalam pembangunan infrastruktur pengecasan dan pengenalan lebih banyak model EV daripada pelbagai jenama. Namun, akses kepada orang ramai masih menjadi cabaran."

"Kos yang tinggi untuk membeli EV sememangnya tidak berdaya maju untuk kebanyakan rakyat Malaysia, terutamanya dalam keadaan ekonomi semasa mencabar."

 

App GoEV


Buat masa ini GoEV hanya tersedia untuk perjalanan pergi dan balik dalam zon kawasan yang sama mengikut kiraan jam, harian, mingguan atau bulanan.

Kadar bayaran bermula dari RM24.90 sejam atau RM249 sehari, manakala untuk tempahan sebulan bayaran bermula RM232 sehari.

Untuk sebarang maklumat lanjut, anda boleh layari laman web GoCar atau muat turun aplikasi mudah alih GoEV.

Penulis: Ahmad Danial Yasin

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kadar jam telah dikurangkan hampir 30 peratus, manakala kos tempahan untuk tempoh 30 hari dan ke…