Tahun Baharu Cina - Tiket bas ekspres ke semua destinasi laris

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Jualan tiket bas ekspres dari bandar raya ini ke semua destinasi di Semenanjung didapati laris sempena sambutan Tahun Baharu Cina.


Tinjauan Bernama di Terminal 17 di Seksyen 17 di sini mendapati sebagaimana kelaziman, tiket bas ekspres ke negeri di Pantai Timur terlebih dahulu habis terjual berbanding negeri lain.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Suasana di stesen bas itu juga dilihat meriah dengan orang ramai mula pulang ke kampung halaman masing-masing sejak malam Rabu.

 

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Shahrin Ahmad berkata setakat semalam sebanyak 12,492 keping tiket terjual dengan kebanyakan dibeli secara dalam talian dan majoriti penumpang dilihat tidak menunggu saat akhir untuk membeli tiket.

 

"Mereka membeli tiket sejak minggu pertama jualan dibuka pada 20 Dis lepas. Saya menjangkakan jualan akan terus meningkat pada beberapa hari berbaki ini," katanya ketika dihubungi.

 

Seorang pekerja swasta, Eng Sui Ling, 26, berkata beliau membeli tiket untuk pulang ke Kedah bagi meraikan Tahun Baharu Cina sejak hujung tahun lepas.

 

"Saya terus membeli tiket apabila mendapat maklumat jualan mula dibuka sejak 20 Dis. Saya memilih menggunakan pengangkutan awam sebab mahu berjimat, jika memandu balik sendiri akan melibatkan kos yang tinggi.

 

"Semua orang tahu, setiap kali musim perayaan pasti jalan akan sesak. Saya tidak sanggup menempuh dan memilih untuk menggunakan pengangkutan awam adalah keputusan terbaik," katanya.

 

Turut mengambil kesempatan sempena cuti hujung minggu yang panjang ialah pelajar di sebuah universiti awam, Nur Diyana Atiqah Kamarosaman, 22, yang membeli tiket sejak minggu lepas untuk pulang ke Larkin, Johor.

 

"Berdasarkan pengalaman sebelum ini, saya memang akan membeli tiket awal sebab khuatir kehabisan. Kebiasaannya, musim cuti Tahun Baharu Cina, tiket akan cepat habis, ada rakan dari Pantai Timur tidak dapat pulang ke kampungnya sebab tiket habis," katanya.

 

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  "Jumlah kematian direkodkan adalah 134 kes berbanding 119 kes tahun sebelumnya, menunjukkan…
Berita Domestik
  Operasi Penguatkuasaan Perayaan Sempena Tahun Baru Cina 2023 yang telah bermula pada 18 dan akan…
Berita Domestik
  Dalam pada itu, beliau berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggunakan pendekatan advokasi dan…