Tahun Baharu Cina - KTMB sedia dua perkhidmatan tren ETS tambahan

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan KL Sentral ke Padang Besar dan sebaliknya sempena sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

KTMB dalam kenyataan hari ini memaklumkan tiket tren tambahan itu akan mula dijual pada Isnin ini (9 Jan) bagi perjalanan pada 19 hingga 24 Jan depan.

"Perkhidmatan ETS tambahan ini akan berlepas dari KL Sentral pada 5.05 petang dan tiba di Padang Besar 10.34 malam manakala dari Padang Besar, tren ETS akan berlepas pada 11 pagi dan tiba di KL Sentral 4.36 petang.

"Tren tambahan ini menawarkan 630 tiket sehari dan menjadikan jumlah keseluruhan 3,780 tiket termasuk koc kelas perniagaan," menurut kenyataan itu.

Kenyataan berkenaan memaklumkan inisiatif itu sebagai memenuhi permintaan penumpang yang tinggi ketika musim perayaan serta menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam untuk pulang ke kampung halaman dengan selesa dan selamat.

"Orang ramai digalak untuk mendapatkan tiket melalui aplikasi KTM Mobile (KITS) atau di laman sesawang KTMB www.ktmb.com.my bagi pembelian tanpa tunai yang lebih mudah dan pantas.

"Hubungi Pusat Panggilan KTMB di 03-2267 1200 atau layari saluran media baharu di media sosial rasmi KTMB untuk sebarang pertanyaan lanjut," katanya.

-- BERNAMA

Berita Berkenaan

Informasi
  "KTMB sudah pun menggunakan platform digital untuk penjualan tiket yang membolehkan orang ramai…
Informasi
"Enam perkhidmatan ETS adalah melibatkan dua perkhidmatan laluan untuk KL Sentral - Padang Besar -…
Berita Domestik
"Untuk itu kementerian menerusi Perbadanan Aset Keretapi sedang mengusahakan inisiatif perolehan…