Tahun Baharu Cina - Had laju di Jalan Persekutuan turun 10km/j mulai esok

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Had laju di Jalan Persekutuan di seluruh negara akan dikurangkan sebanyak 10 kilometer perjam (km/j) berkuat kuasa pada 18 hingga 27 Januari ini sempena sambutan Tahun Baharu Cina.


Ia menjadikan had laju Jalan Persekutuan diturunkan daripada 90 km/j kepada 80 km/j sepanjang tempoh berkenaan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pewartaan pengurangan had laju sementara itu antara langkah keselamatan dan pemantauan yang diambil kerajaan bagi meningkatkan keselamatan dan mengurangkan risiko kemalangan jalan raya yang kerap kali berlaku di musim perayaan.

 

“Justeru itu, Kementerian Kerja Raya turut bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil langkah-langkah awal mengadakan program pemantauan jalan raya secara berterusan,” katanya pada Selasa.

 

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Ops Bersepadu sempena perayaan Tahun Baharu Cina Peringkat Kebangsaan di kawasan Rehat & Rawat Dengkil (Arah Utara) menurut laporan dari Astro Awani.

 

Ops Bersepadu dan Kempen Keselamatan Jalan Raya Peringkat Kebangsaan bermula dari 18 hingga 28 Januari ini dengan melibatkan pelbagai agensi di bawah Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Kementerian Pengangkutan (MOT).

 

Ia termasuk Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ); Jabatan Kerja Raja (JKR); Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM); dan PLUS Malaysia.

 

Dalam pada itu Nanta berkata, Kementerian Kerja Raya melalui JKR akan sentiasa memantau lokasi-lokasi ‘blackspots’ yang dikenal pasti bagi memastikan keselesaan dan keselamatan pengguna jalan raya.

 

Setakat ini, jelas beliau sebanyak 76 lokasi kerap berlaku kemalangan dikenal pasti sepanjang tahun ini.

 

Nanta menambah, sebanyak 53 lokasi ‘blackspots’ melibatkan Jalan-jalan Persekutuan di seluruh negara juga telah dibaiki pada tahun lalu, melibatkan kos berjumlah RM17.2 juta.

 

“Pembaikan yang dilaksanakan ini adalah bersifat penyelesaian kos rendah dan berimpak tinggi.

 

“Manakala, bagi rekod pemasangan lampu jalan di kawasan berlaku kemalangan atau berisiko kemalangan akibat jalan gelap yang telah dilaksanakan di Jalan-jalan Persekutuan seluruh negara pada tahun 2022, sebanyak 40 lokasi telah dilaksanakan pemasangan lampu jalan dengan kos berjumlah RM4.7 juta.

 

“Program ini akan diteruskan pelaksanaannya pada tahun 2023 supaya aspek keselamatan jalan raya dapat dipertingkatkan,” katanya.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pewartaan penurunan kadar had laju itu berkuatkuasa sepanjang tempoh Ops Bersepadu bermula 8…
Informasi
Bagaimanapun, pemantauan berterusan akan dilakukan dari masa ke masa oleh pihak berwajib bagi…
Berita Domestik
"Setakat 30 Jun lepas, sebanyak 2,950 jalan berlubang telah diselenggara, selain kerja baik pulih…