Tahun Baharu Cina - 291 penerbangan tambahan diluluskan

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari RTM
Sebanyak 291 penerbangan tambahan diluluskan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) ke pelbagai destinasi di dalam negara sempena Tahun Baharu Cina dalam usaha menangani kenaikan harga tiket penerbangan domestik ketika musim perayaan.


Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, penerbangan tambahan yang diluluskan bagi tempoh 18 Jan hingga 31 Jan itu melibatkan syarikat penerbangan antaranya Batik Air, AirAsia, Malaysia Airlines, MyAirline dan SKS Airways.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024

 

"Ini (penerbangan tambahan) merupakan satu pendekatan berkesan menangani masalah kenaikan harga tiket penerbangan khususnya semasa musim perayaan yang menjadi isu sejak sekian lama dan pendekatan sama akan diguna pakai pada musim perayaan lain termasuk hari raya," katanya.

 

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melancarkan penerbangan tambahan ke Sabah dan Sarawak oleh Batik Air dan destinasi baharu ke Jepun, pada Jumaat.

 

Turut hadir Pengerusi Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Tan Sri Mohd Khairul Adib Abdul Rahman; Pengerusi Eksekutif MAVCOM, Datuk Seri Saripuddin Kassim; Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Datuk Iskandar Mizal Mahmood dan Ketua Pegawai Eksekutif Batik Air, Kapten Mushafiz Mustafa Bakri.

 

Loke berkata, Batik Air hari ini melancarkan 35 penerbangan tambahan ke Sabah dan Sarawak pada harga tetap iaitu RM299 ke Kuching dan RM399 ke Kota Kinabalu dalam usaha memastikan keseimbangan bekalan dengan permintaan untuk tiket sekali gus mengurangkan penetapan harga yang tinggi.

 

Batik Air juga menawarkan 42 penerbangan tambahan dari Subang Skypark ke Johor Bharu, Pulau Pinang, Kota Bharu dan Langkawi pada harga RM259 sehala.

 

Dalam pada itu, menurutnya, tiga destinasi baharu ke Jepun yang diperkenalkan Batik Air iaitu Tokyo, Sapporo dan Osaka akan memperkukuh hubungan perdagangan, pelancongan serta bidang lain antara Malaysia dan Jepun.

 

 

 

- BERNAMA

 

 

Berita Berkenaan

Informasi
Langkah itu juga sejajar dengan pengumuman baru-baru ini mengenai kelonggaran sekatan perjalanan…
Informasi
"Penubuhan sambungan terus dari PEN menunjukkan dedikasi kami memacu pertumbuhan di hab utara dan…
Berita Domestik
Menurut laporan Bernama, makanan yang dibawa itu perlu dipanaskan sendiri, manakala makanan yang…