Tahun Baharu Cina - 16 lokasi 'Hotspot' di Selangor telah dikenal pasti mengalami kesesakan

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari facebook JSPT Selangor
Polis Selangor menjangkakan berapa lokasi di negeri akan mengalami kesesakan kerana warga Lembah Klang pulang ke kampung sempena Tahun Baharu Cina pada Ahad.


Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi berkata, antara lokasi itu membabitkan daerah Sabak Bernam, Klang Utara, Kuala Selangor, Ampang Jaya dan Gombak.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

“Lokasi yang dikenal pasti kerap berlaku kesesakan adalah di Jalan Lingkaran Tengah 2 (Ampang Jaya); Plaza Tol Gombak (Gombak) dan Jalan Klang-Teluk Intan (Sabak Bernam, Klang Utara, Kuala Selangor)," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Op Selamat sempena Tahun Baru Cina di Plaza Tol Gombak,  pada Isnin.

 

Sasikala Devi berkata, pengguna jalan raya perlu sentiasa berhati-hati serta merancang perjalanan mereka semasa musim perayaan.

"Aliran trafik di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak juga akan sesak kerana sebanyak 171,000 kenderaan dijangka menggunakan laluan tersebut pada Jumaat ini.

 

"Ia adalah jangkaan purata harian trafik puncak berbanding purata harian sebanyak 100,000 kenderaan setiap hari," katanya.

 

“Saman akan dikeluarkan bagi mereka yang melakukan kesalahan jalan raya," katanya.

 

Mengulas mengenai kadar kemalangan, Sasikala Devi berkata, kemalangan di negeri ini menurun apabila 2,810 kemalangan direkodkan semasa Ops Selamat Tahun Baru Cina pada 2022.

 

"Dalam tempoh sama pada 2020, sebanyak 4,184 kemalangan direkodkan, 21 kemalangan maut direkodkan dalam tempoh perayaan yang sama tahun lalu berbanding 22 kemalangan maut direkodkan pada 2020,” katanya.

 

Sasikala Devi berkata, seramai 828 pegawai dan anggota polis akan bertugas sepanjang tempoh perayaan tersebut. OP Selamat 19 ini akan bermula pada 18 Januari dan berakhir pada 27 Januari 2023 dengan bertemakan "Rumah Selamat, Selamat Sampai Ke Destinasi"

 

 

JSPT Selangor

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  "Jumlah kematian direkodkan adalah 134 kes berbanding 119 kes tahun sebelumnya, menunjukkan…
Berita Domestik
  Operasi Penguatkuasaan Perayaan Sempena Tahun Baru Cina 2023 yang telah bermula pada 18 dan akan…
Berita Domestik
  Dalam pada itu, beliau berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggunakan pendekatan advokasi dan…