Tahun Baharu Cina - 120,000 kenderaan dijangka masuk Melaka

oleh SALINA JALIL|
Sebanyak 120,000 buah kenderaan dijangka masuk ke Melaka bermula hari ini sempena cuti umum sambutan Tahun Baharu Cina pada 1 Februari ini.


Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd. Ali berkata, susulan itu, sebuah jawatan kuasa khas bertindak ditubuhkan untuk memantau 12 lokasi berisiko kemalangan di seluruh negeri.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Katanya, pasukan itu juga bertanggungjawab memastikan aliran trafik berjalan lancar demi memastikan keselesaan pengguna jalan raya. 

 

“Kita jangkakan sebanyak 120,000 kenderaan masuk ke negeri ini dalam tempoh tiga hari sempena sambutan Tahun Baharu Cina. 

 

Melihat jumlah tinggi kemasukan, kita telah wujudkan pasukan task force untuk memantau lalu lintas 12 lokasi berisiko kemalangan iaitu lima dalam daerah Melaka Tengah, Jasin (tiga) dan Alor Gajah (empat),” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan pelancaran Op Selamat 17 sempena Tahun Baharu Cina di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di Bukit Beruang, semalam.

 

Mengulas lanjut mengenai Op Selamat 17, beliau berkata, operasi itu dilaksanakan bagi mengurangkan kes kemalangan maut jalan raya. 

 

“Kes kemalangan maut mencatatkan penurunan sejak dua tahun lalu dan kita berharap usaha ini dapat mengurangkan terus angka tersebut terutama pada musim perayaan.  Kita akan menempatkan seramai 14 pegawai dan 170 anggota di semua 12 lokasi yang dikesan kerap berlaku kemalangan,” katanya.

 

 

– UTUSAN ONLINE 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Charm Touch ’N Go edisi Tahun Naga ini merupakan sebuah produk Touch ’N Go dengan sokongan NFC…
Berita Domestik
Antara tawaran menarik sempena kempen itu ialah kadar faedah rendah bermula dari 1.15 peratus dan…
Berita Domestik
Menurut Menteri Kerja Raya, Alexander Nanta Linggi, pemberian tol percuma itu bagi meraikan kesemua…