Tahukah anda? Tambah 15PSI tekanan angin tayar semasa kereta disimpan

oleh Muhammad Md Tajudin|
Memandangkan ramai yang berada di rumah susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kenderaan harian juga jarang digunakan.

Apabila keadaan itu berlaku dikhuatiri bateri kereta akan lemah dan kehilangan kuasa. Fakta itu boleh diperdebatkan terutama sekali impak pada alam sekitar.

Kita tinggalkan debat di situ kerana selain bateri ada satu lagi perkara yang boleh diperhatikan iaitu tayar kereta.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Falken

 

Adalah satu kelaziman tekanan angin tayar berkurangan melalui peredaran masa atau lama ditinggalkan.

Dengan itu Falken mempunyai lima tips ringkas bagi mencegah kerosakan apabila kereta ditinggalkan terlalu lama.

Berikut ialah lima tips yang boleh dipraktikkan:

1. Masa untuk periksa tayar

Sekarang masa yang sesuai untuk memeriksa keadaan tayar. Periksa keadaan fizikal seperti permukaan tidak rata, belahan atau bonjolan pada dinding tayar.

Pada bunga tayar periksa sebarang paku atau skru yang terbenam dan jika ada batu melekat pada celahan sila keluarkannya dengan cermat.

2. Penutup tiub - kecil tetapi penting

Pada keempat-empat tayar, periksa jika penutup tiub atau injap masih ada. Penutup itu walaupun kecil tetapi mempunyai peranan besar. 

Ia berfungsi bagi menghalang kotoran dan kelembapan masuk ke dalam injap dan mendatangkan masalah. Gantikan penutup tersebut.

3. Periksa dan tambah tekanan angin

Periksa tekanan angin tayar dan tambah sekitar 15PSI berbanding kadar tekanan yang disyorkan oleh pengeluar.

Kaedah ini dapat mencegah kerosakan dan tompokan rata (flat spots) atau terma mudah 'makan tayar'.

Ini terjadi apabila kereta ditinggalkan dalam keadaan statik untuk satu tempoh yang terlampau lama. Setelah keadaan normal kembalikan semula kepada tekanan asal.

 

MITSUBISHI Concept XR-PHEV - Falken concept SUV tyre

 

4. Tinggikan (jack) kereta

Jika bercadang untuk tinggalkan kereta dalam tempoh yang terlampau lama, cuba pertimbangkan untuk tinggikan supaya tayar tidak menyentuh permukaan lantai atau jalan.

Kaedah ini memerlukan lebih kepakaran dan peralatan tambahan tetapi ia berkesan dalam mengurangkan tompokan rata.

5. Parkir di dalam garaj

Jika boleh, usahakan untuk simpan kereta di dalam garaj. Tempat yang lebih gelap dan nyaman dapat meilndungi tayar.

Jika kereta berada di luar, tutup tayar menggunakan aluminium reflektif yang dapat melindungi tayar dari cahaya matahari dan cuaca.

Untuk makluman, dalam tempoh PKP bengkel kenderaan dibenarkan untuk beroperasi dalam tempoh terhad. Jika tiada keperluan mendesak elakkan dari berada di luar dan tempat tumpuan orang ramai.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Informasi
Secara realiti, ia sebenarnya masih berbeza dari kereta. Di bawah ialah antara faktor-faktor yang…
Berita Domestik
  Falken Azenis FK510 merupakan salah satu tayar prestasi tinggi (UHP) yang terbaik di dalam…
Berita Global
  Dari situ lagi lahirlah teknologi regeneratif yang turut membekalkan tenaga kepada kereta…