Tahukah anda, Rolls-Royce Ghost 2021 memiliki 100 kg bahan kedap bunyi!

oleh Mohamad Hanif|
Pihak Rolls-Royce telah menerbitkan sebuah video di sebalik tabir yang menerangkan secara ringkas bagaimana pasukan pengeluar kenderaan super mewah tersebut berjaya mencapai tahap kesenyapan yang diinginkan di dalam sebuah Rolls-Royce Ghost.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Elemen pertama yang diterapkan adalah penggunaan platform aluminium yang memiliki tahap impedans akustik yang tinggi, serta struktur seksyen bulkhead yang mampu mengurangkan lagi bunyi enjin 6.75 liter bentangan V12 itu daripada memasuki ruang kabin.

Selain daripada itu, jurutera Rolls-Royce mahu mengurangkan bunyi bising yang tidak diperlukan dengan memasang kira-kira 100 kilogram bahan insulasi akustik ringan pada Ghost, seperti yang terdapat pada bumbung, pintu, tingkap serta roda!

Malah, bunyi yang terhasil daripada ruang corong pendingin hawa turut diberikan perhatian.

Namun, dengan membuang kesemua bunyi yang tidak diperlukan, ia akan mencipta satu keadaan senyap yang mampu memberikan gangguan, jadi pihak jurutera Rolls-Royce telah mencipta satu 'bisikan' yang disifatkan sebagai 'satu nada lembut yang dialami oleh penumpang sebagai satu not halus'.

Setiap komponen tersebut akan ditala kepada frekuensi resonans yang spesifik, jadi mereka memasang unit peredam akustik khusus pada rangka tempat duduk dan beberapa bahagian di dalam kabin dan ruang kargo 500 liter untuk menjadikan ruang akustik yang lebih harmoni, dan lebih tenang kepada penumpang.

Untuk penerangan yang lebih lanjut, sila tonton video 'The Formula for Serenity' oleh Rolls-Royce pada pautan di bawah:

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Ghost generasi baharu ini dibangunkan menggunakan seni bina aluminium fleksibel yang sama digunakan…