Tahukah anda Mazda pernah buat motosikal dan ini kisahnya

oleh Muhammad Md Tajudin|
Mazda berasal daripada syarikat pengeluar produk gabus sebelum memasuki bidang kejuruteraan apabila Jujiro Matsuda mengambil alih Toyo Cork Kogyo Co., Ltd pada tahun 1921 dan mengubah perniagaan kepada menjadi pengeluar alat mesin.

Kemajuan syarikat berterusan sehingga menghasilkan kenderaan seperti yang kita lihat hari ini. Sebelum hebat dengan pelbagai model seperti Mazda RX-7, Mazda MX-5, Mazda3 dan sebagainya, syarikat dari Hiroshima itu pernah menghasilkan motosikal.

Seperti yang kami ceritakan sebelum ini, kenderaan pertama ialah motosikal roda tiga (trikes) Mazda Go dengan ruang kargo di belakang.

Mazda Go memang terkenal dan tahukah anda Toyo Kogyo sebelum itu pernah menghasilkan motosikal sendiri? Ia adalah prototaip yang jarang disebut atau dikenali.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Motorrad_193o_hires_hires
Motorrad 1930

 

Perlumbaan motosikal popular di Jepun pada akhir 20-an dengan kebanyakannya diimport atau dipasang di Jepun dari komponen yang diimport dari luar.

Toyo Kogyo mahu membina motosikal tempatan dan memulakan program pembangunan prototaip pada 1929. 

Hasilnya ialah sebuah motosikal prototaip 250cc dua lejang yang dipertontonkan pada Oktober 1930.

Satu yang mengejutkan apabila motosikal itu memenangi perlumbaan pertama yang disertainya dengan mengalahkan Ariel buatan Britain.

Ariel pada masa itu adalah di antara jenama motosikal popular di dunia dan dihormati di Jepun.

 

Mazda-Go 1931

 

Toyo Kogyo kemudian menghasilkan lagi 30 buah motosikal pada 1930, Jujiro Matsuda bagaimanapun membuat keputusan untuk memberi tumpuan bagi membangunkan motosikal tiga roda Mazda Go.

Dari situ, sejarah Mazda dilakar sebagai pengeluar kereta berbanding motosikal.  

Motosikal yang dihasilkan sebelum itu dijual dan menggunakan logo syarikat TOYO KOGYO. Harga yang ditawarkan ialah di antara 350 hingga 380 yen.

Sejarah komersial Mazda Go pula bermula apabila ia dikeluarkan pada tahun 1931 dengan nama asal DA. Satu keunikan motosikal kargo atau trak ini ia mempunyai gear undur.

 

Mazda K360 1959

 

Enjin yang digunakan dibangunkan sendiri dengan sesaran 482cc dan output 9.4 PS yang menggerakkan roda belakang melalui transmisi tiga kelajuan.

Toyo Kogyo kemudian menghasilkan beberapa lagi model lanjutan seperti DB, DC dan KC. Versi seterusnya dikenali sebagai GA pada 1938 dengan produksi disambung semula pada 1945 selepas perang dunia kedua.

Dari motosikal roda tiga, syarikat ikonik ini menghasilkan pikap kecil berbumbung K360 pada 1959 dan seterusnya adalah sejarah termasuk pengenalan kereta penumpang pertama iaitu R360 Coupe pada 1960.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Mazda R360 Coupe 1960

 

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
  Sifirnya bukan rahsia iaitu rekaan yang menyerlah dan tidak bergantung secara mutlak kepada…
Berita Global
Ia memiliki sifat yang ringan dan kuat dalam masa yang sama, namun harus diingat gentian karbon…
Telah Diuji
Kalau diikutkan sejak CX-5 generasi kedua ini mula dilancarkan pada tahun 2017, sudah enam kali…