Tahukah anda, Lamborghini ada hasilkan madu!

oleh Mohamad Hanif|
Sebelum ini, Careta pernah memuat naik artikel berkenaan kerja sampingan yang dilakukan oleh beberapa syarikat automotif dari seluruh dunia.

Ini bermakna, syarikat-syarikat ini bukan sekadar membuat dan memasang kenderaan, malah turut mempunyai kerja-kerja yang ada kalanya tidak langsung berkaitan dengan jenama automotif.

Seperti contoh, Lamborghini yang kita kenali dengan barisan supercar, SUV dan traktor pertanian sebenarnya turut mempunyai produk madu yang tersendiri.

Dalam satu siaran media, Lamborghini telah melakukan beberapa perkara bagi memastikan operasi mereka lebih mampan dan lestari.
 

Lambo


Salah satu daripadanya adalah dengan mewujudkan ladang madu (apiary) dengan kira-kira 600,000 ekor lebah madu di Lamborghini Park bermula dari tahun 2016 lagi.

Setiap tahun, Lamborghini berjaya menghasilkan kira-kira 430 kg madu, namun sayang sekali ia tidak boleh didapati di mana-mana kedai atau platform beli belah dalam talian seperti Shopee.

Sebaliknya, produk madu itu hanya dihadiahkan kepada para pekerjanya bersempena dengan perayaan Hari Krismas setiap tahun.

Selain daripada Lamborghini, terdapat pengeluar automotif lain yang turut sama menghasilkan produk madu, seperti Porsche dengan jumlah pengeluaran 1,000 kg setiap tahun, Bentley dan tidak ketinggalan Rolls-Royce.

Baca: #2Kerja - Kerja sambilan yang dibuat oleh pengeluar automotif global

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, disebabkan statusnya sebagai sebuah jentera yang tidak halal digunakan atas jalan raya,…
Berita Global
  Setiap model ditawarkan dalam dua konfigurasi dengan warna dan grafik khusus seperti logo 60th…
Berita Global
Banyak pihak membuat spekulasi ia bakal mengambil bentuk sebuah crossover (lebih tepat lagi Urus EV…