Tahukah anda, idea tali pinggang keledar Volvo 'langgar hak asasi manusia'?

oleh Mohamad Hanif|
Siapa yang tidak kenal dengan jenama Volvo?
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jenama yang amat sinonim dengan usaha dan inisiatif dalam memastikan keselamatan para penggunanya, dimulakan dengan pengenalan alat yang dinamakan sebagai tali pinggang keledar pada tahun 1959.

Volvo Cars tampil dengan inisiatif terbaharu dikenali sebagai 'A Million More' yang mengetengahkan keselamatan kenderaan dari tahun ke tahun dan keberanian mereka dalam membuat keputusan kontroversi demi menyelamatkan lebih ramai nyawa.

Idea tali pinggang keledar tersebut lahir dari seorang jurutera Volvo, Nils Bohlin, dan menyedari kepentingan idea ini di dalam keselamatan kenderaan dan kesedaran untuk menyelamatkan nyawa manusia, Volvo membuat keputusan untuk menjadikan paten Bohlins ini 'percuma' untuk digunakan semua pengeluar automotif.

 


Namun, rekaan awal Bohlins ditolak oleh industri dan umum walaupun terdapat data yang mencukupi untuk membuktikan keberkesanananya.

Malah, sambutan yang ditunjukkan oleh umum amat negatif, di mana The New York Times (1973) mencatatkan respons umum "idea yang mengerikan", serta "pelanggaran hak asasi manusia".

Setelah bertahun-tahun, baharulah rekaan tali pinggang keledar ini diterima umum, dan sekaligus membawa kepada pengenalan undang-undang tali pinggang keledar di Malaysia pada tahun 1979.

Hari ini, hasil ciptaan Bohlins kini menjadi satu kewajipan di dalam setiap kenderaan moden, dan telah berjaya menyelamatkan lebih daripada satu juta nyawa semenjak daripada itu.

Dan semenjak daripada penciptaan tali pinggang keledar tiga poin pertama di dunia, Volvo Cars berterusan menghasilkan inovasi dan teknologi pertama, kesemuanya di atas nama keselamatan.

 


Satu lagi kerja gila yang dilakukan oleh Volvo adalah memperkenalkan had kelajuan 180 km/j untuk semua kereta baharu Volvo bermula tahun ini.

Semenjak daripada itu, Volvo Cars telah memulakan perbincangan tentang
keperluan pengeluar automotif untuk memasang teknologi di dalam kenderaan yang mampu mengubah kelakuan pemandu.

Menurut Nalin Jain, Pengarah urusan Volvo Car Malaysia berkata, "reaksi terhadap had kelajuan 180 km/j itu adalah sama dengan komen yang diterima oleh Volvo pada tahun 1973. Kami tahu keputusan ini mampu menimbulkan reaksi kurang senang, namun salah seorang daripada kami perlu bangkit untuk mengubah dunia.

"Pada kami, kontroversi atau tidak, ia adalah berkenaan membuat keputusan yang sukar dan tidak menyenangkan dalam usaha untuk menyelamatkan jutaan nyawa.

Kenyataan tersebut disokong oleh Jan Ivarsson, Penasihat Teknikal Kanan Keselamatan Volvo Cars yang menyebut, "kita semua faham akan bahaya ular, labah-labah dan ketinggian, namun untuk kelajuan tidak ramai yang faham.

 


"Orang ramai memandu terlalu pantas dalam kondisi trafik yang tertentu, namun masih mempunyai kadar adaptasi trafik yang lemah terhadap situasi itu tadi, serta keupayaan sendiri sebagai seorang pemandu. Jadi adalah perlu untuk mempromosikan kelakuan yang baik, dan membantu lebih ramai orang.

Menurut laporan daripada World Health Organization (WHO), Malaysia merupakan negara ketiga tertinggi kadar kematian akibat kemalangan jalan raya di Asia dan ASEAN di belakang Thailand dan Vietnam.

Tahun 2016 sahaja seramai 7,152 pengguna jalan raya maut terdiri daripada 87 peratus lelaki dan 13 peratus pengguna wanita.

"Sebagai peneraju di dalam aspek keselamatan, kami mahu mengurangkan kadar kematian di negara kita, dan kami percaya had kelajuan ini merupakan satu penawar.

"Dengan kempen terbaharu 'A Million More' ini, kami berharap rakyat Malaysia sedar bahawa bukan sahaja nyawa mereka malah nyawa yang tersayang serta pengguna jalan raya lain bakal menjadi pertaruhan sekiranya tidak mengamalkan kelajuan yang selamat," ujar Nalin lagi.

 

Berita Berkenaan

Informasi
Dalam tempoh lebih 96 tahun berinovasi, Volvo Cars telah mencipta beberapa ciri yang sangat penting…
Informasi
Ketika artikel ini ditulis, penulis pasti sudah banyak fasiliti pengecasan yang telah disediakan…
Berita Domestik
Untuk jenama-jenama automotif premium, EV terus menerus menjadi pilihan. Model-model khusus yang…