Tahukah anda, Honda Odyssey 2022 tidak lagi mempunyai ciri penyedut hampagas terbina?

oleh Mohamad Hanif|
Salah satu ciri unik dan menarik yang terdapat pada Honda Odyssey adalah penyedut hampagas mini terbina (HondaVac) yang boleh didapati di bahagian ruang kargo.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ciri ini membolehkan anda membersihkan ruang kabin di mana jua tanpa perlu memandu ke pusat cuti kenderaan, terutama ketika perintah kawalan pergerakan yang dilaksanakan pada ketika ini.

Namun sayang sekali ciri tersebut tidak lagi ditawarkan untuk model Honda Odyssey 2022 untuk pasaran Amerika Syarikat.

Berdasarkan laporan daripada The Drive, penyedut hampagas mini itu sebenarnya disumberkan daripada sebuah syarikat penghasilan alat penyedut hampagas Shop-Vac, dan perniagaan tersebut telah ditutup pada 15 September tahun lalu.

 


Syarikat yang mempunyai kira-kira 1,700 orang pekerja itu terpaksa gulung tikar akibat wabak pandemik COVID-19 yang melanda, sekaligus menjejaskan perniagaan mereka.

Kesan daripada itu, 1,700 orang hilang mata pencarian serta-merta akibat penutupan operasi syarikat tersebut.

Dalam satu jawapan yang dihantar kepada laman web The Drive, wakil Honda mengesahkan penutupan Shop-Vac yang menjadi pembekal rasmi alat penyedut hampagas mini itu.

"Ini merupakan satu perkembangan yang tidak diduga, memandangkan kami menjangkakan terdapat pembeli yang membolehkan bekalan HondaVac dihantar secara berterusan. Kami hanya mendapat tahu perniagaan Shop-Vac ini dihentikan pada pertengahan September yang lalu.

Honda juga turut mengesahkan bahawa Shop-Vac kini telah mendapat pemilik baharu, dan mereka sedang mengkaji kemungkinan untuk mengembalikan semula ciri unik ini atau mencari pembekal alternatif.

Sumber: The Drive

Berita Berkenaan

Berita Global
Sebagai sebuah model e:HEV, Odyssey dibekalkan enjin 2.0 liter i-VTEC dengan dua motor hibrid dan…
Berita Global
Penawaran tersebut merangkumi jeriji hadapan krom hitam dan hitam Berlina yang menjadikan…
Berita Global
  Kitaran produk Odyssey RC yang dikeluarkan sejak 2013 nampaknya terus bersambung selepas Honda…