Tahukah anda, harga Saga di Nepal jauh lebih mahal?

oleh Mohamad Hanif|
Minggu lalu, Proton dilaporkan melancarkan sedan segmen B Proton Saga untuk pasaran Nepal menerusi pusat pengedar Jagdamba Motor Pt. Ltd, sekaligus merangkap model Proton pertama yang dilancarkan di negara tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bagi penduduk Nepal, mereka nampaknya perlu membayar harga jualan serendah 3.5 juta rupee Nepal, atau RM122,716 mengikut kadar pertukaran matawang semasa untuk varian 1.3 liter Standard MT.

Sementara model Premium AT pula bermula dari 3.95 juta rupee Nepal (RM136,540).

 

 


Proton Saga 1.3 liter tidak menggunakan enjin yang sama seperti di Malaysia, akan tetapi dengan sesaran yang lebih kecil 1,299 cc yang menghasilkan 91 PS dan 117 Nm dipadankan dengan transmisi manual atau automatik empat kelajuan.

Antara kelengkapan yang disekalikan termasuklah pendingin hawa, ciri pemanas, sementara varian tertinggi mendapat ciri yang lebih lengkap seperti ABS, EBD, Bantuan Brek, Kawalan Kestabilan Kenderaan, dua beg udara, penderia parkir belakang dan sistem infotainmen 7 inci.

Kenapa harga Proton Saga di Nepal terlalu mahal?

 


Ini kerana di sana, kerajaan tempatan telah mengenakan cukai setinggi 200 peratus untuk kenderaan yang diimport.

Nepal juga difahamkan tidak mempunyai jaringan jalan raya yang sempurna disebabkan faktor geografi negara tersebut.

Selain daripada Proton Saga, Jagdamba dijangka akan memperkenalkan SUV X70 di negara tersebut menjelang hujung tahun ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Daripada jumlah tersebut, Proton Saga masih lagi kekal sebagai model Proton yang paling laris…
Berita Domestik
Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh CEO Proton, Dr. Li Chunrong dalam satu majlis sambutan…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Arshad berkata, mangsa yang beralamat di Taman Desa…