Namun, berita yang hadir dari negara Australia ini sedikit membingungkan apabila laman DMARGE mendapati harga jualan bagi Suzuki Jimny terpakai jauh melebihi harga jualan sebenar!
Berdasarkan semakan di laman web Carsales, terdapat kira-kira 47 unit Suzuki Jimny generasi baharu, dan ada yang dijual melebihi harga jualan Jimny baharu yang bermula dari AU$28,490 (RM90,621).
Harga jualan termurah bagi Suzuki Jimny 2019 terpakai dengan jarak perbatuan 41,000 km boleh didapati bermula dari AU$34,000 (RM108,147), sementara model paling mahal merupakan Suzuki Jimny 2020 (jarak perbatuan 1,600 km) dengan harga AU$50,000 (RM159,040)!
Ini merupakan satu perkembangan yang menarik, memandangkan Suzuki sendiri sedang cuba untuk memenuhi permintaan yang tinggi di peringkat global, dan tempoh menunggu yang boleh dikatakan agak lama.
Sedikit perkembangan di Eropah, Suzuki menarik semula penjualan Jimny disebabkan peraturan pelepasan emisi yang lebih ketat, namun mereka memperkenalkan semula Jimny sebagai sebuah kenderaan komersial tidak lama selepas itu.