Tahukah anda, enjin tiga silinder GR Yaris boleh dibeli terus dari Toyota?

oleh Mohamad Hanif|
Toyota Corolla Sprinter Trueno/Levin AE86 tidak perlu diperkenalkan lagi, ia sebuah Corolla pacuan roda belakang, ringan, dan mudah untuk digandingkan dengan beberapa pilihan enjin seperti 4A-GE, 4A-GZE, malah ada yang berani meletakkan nadi Type R di dalam perut Corolla itu.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
CHERY Omoda 5 NCAP MREC Banner Campaign September 2024

Namun, anda kini mempunyai satu lagi pilihan enjin yang lebih berkuasa dan lebih moden daripada Toyota, iaitu G16E-GTS - nadi tiga silinder sebaris yang dimuatkan pada Toyota GR Yaris!

Menurut Dino Dalle Carbonare dari Speedhunters, AE86 dengan nadi GR Yaris ini merupakan projek bengkel Daddy Motor Work yang dimiliki oleh Oto-san.

Enjin G16E-GTS ini bukanlah dikutip daripada jentera GR Yaris yang terbabas, sebaliknya menurut Dino unit ini boleh dibeli sendiri dari kilang Toyota!

 


Namun, ia bukanlah unit enjin yang lengkap, sebaliknya Toyota hanya membekalkan enjin kosong dengan harga bermula dari $6,500 (RM26,679) tidak termasuk pemasangan manifold ekzos dan turbo (tambahan RM5,746).

Tidak seperti enjin asal 4A-GE, enjin G16E-GTS ini memiliki dimensi yang agak tinggi, dan Oto-san turut menggabungkan beberapa komponen daripada kenderaan lain seperti transmisi daripada GT86, gandar daripada model Crown S110, dan differential daripada Altezza.

Maklumat lengkap projek AE86 GR ini boleh dibaca pada pautan di bawah:

AE86 Levin with GR Yaris Engine | Speedhunters

Berita Berkenaan

Berita Global
Tidak asing lagi, Toyoda atau dikenali dengan nama Morizo merupakan seorang yang aktif dan…
Berita Global
Bermula dari Toyota GR Supra, ia kemudian disusuli dengan Toyota GR Yaris, GR86, serta hot hatch…
Berita Global
Mungkin tidak ramai yang tahu, Toyota juga sebelum ini pernah menawarkan sedan pantas Mark X GRMN,…