Tahukah anda? Dah 10 tahun Nissan JV dengan Mitsubishi

oleh Muhammad Md Tajudin|
Nissan Roox dan Mitsubishi eK X space
Nissan Roox dan Mitsubishi eK X space
Kerjasama di antara dua pengeluar bukan perkara asing di dalam industri automotif. Satu di antara sebab utama kerjasama dibuat ialah kerana mahukan skala ekonomi.

Satu lagi sebab mengapa kerjasama diperlukan ialah perbelanjaan modal yang tinggi bagi mengeluarkan sesebuah model terutama sekali untuk pasaran kecil atau segmen niche.

Kerjasama di antara dua pengeluar bukan setakat sama-sama hasilkan model baharu tetapi turut merangkumi perkongsian platform, teknologi, komponen dan pembelian.

Perkongsian model pula tidak semestinya dibuat di antara sesama pengeluar kecil, ada pengeluar besar seperti Toyota yang mempunyai modal besar bekerjasama dengan Subaru bagi mengeluarkan GR86.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Nissan DAYZ generasi pertama 2013

 

Satu lagi contoh ialah Nissan dan Mitsubishi. Kedua-dua jenama ini berada di dalam pakatan bersama Renault (Alliance) namun hubungan Nissan dan Mitsubishi telah terjalin sebelum itu lagi.

Nissan dan Mitsubishi Motors telah menubuhkan NMKV pada 1 Jun 2011 dengan pegangan 50/50.

Kerjasama ini merangkumi perancangan produk dan pengurusan projek bagi kenderaan kecil (kei-car) untuk pasaran Jepun. 

Ringkasnya ialah Nissan dan Mitsubishi sama-masa mengeluarkan kei-car khusus bagi pelanggan di Jepun. 

Berjaya ke tidak kerjasama ini? Setakat Mei 2021, jualan kenderaan di bawah kerjasama ini telah pun mencecah 1.52 juta.

 

Nissan Roox generasi pertama 2014
Nissan Roox generasi pertama 2014

 

Berikut ialah garis masa model yang dikeluarkan oleh NMKV:

Jun 2013  Nissan DAYZ
 Mitsubishi eK wagon dan eK custom
Februari 2014  Nissan DAYZ ROOX
 Mitsubishi eK space dan eK space custom
Mac 2019  Nissan DAYZ (model baharu)
 Mitsubishi eK wagon dan eK X 
Mac 2020  Nissan ROOX (model baharu)
 Mitsubishi eK space dan eK X space 

 

Selain model di atas, Nissan dan Mitsubishi turut bekerjasama di ASEAN dengan mengeluarkan Livina generasi kedua namun ianya lebih kepada kerjasama di bawah Alliance.

 

Mitsubishi eK X Space 2020
Mitsubishi eK Space dan eK X Space 2020

 

Walaupun Nissan dan Mitsubishi bekerjasama bagi mengeluarkan kei-car di Jepun, hakikatnya ialah model dari kedua-dua jenama itu mempunyai reka bentuk berbeza.

Ini boleh dilihat melalui Nissan ROOX dan Mitsubishi eK space dengan muka depan yang tidak sama.

Rupa memang berbeza namun satu perkara menarik apabila Nissan ROOX dan Mitsubishi eK space dan ek X space diiktiraf sebagai Kei Car Tahunan di dalam Anugerah Kereta Tahunan Jepun 2020-2021.

Nissan Roox generasi kedua 2020
Nissan Roox generasi kedua 2020

 

Satu lagi projek ialah Kilang Mizushima milik Mitsubishi Motors dengan pelaburan sekitar lapan juta yen dan merupakan kerjasama pertama di antara Nissan dan Mitsubishi bagi memulakan pengeluaran kei-car elektrik baharu.

Maknanya pada masa akan datang keluar pula model elektrik dari Nissan dan Mitsubishi. 

Kesimpulan dari kerjasama ini ialah, pengeluar kereta memerlukan perkongsian dan walaupun begitu, persaingan tetap berlaku!

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Nissan Elgrand AUTECH 2024   Nissan sekali mengemaskini Elgrand dan mula dijual di Jepun pada…
Berita Global
  Kicks lebih tenang namun tetap bergaya selain canggih dengan teknologi e-POWER.  Tidak dibawa…
Berita Global
Menurut laporan Nikkei Asia, Nissan mahu bergerak ke arah penghasilan tren kuasa umum untuk EV,…