Tahukah anda, cermin Ford hilangkan kabus sebelum masuk kereta

oleh Muhammad Md Tajudin|
Ford Windscreen Weather Station
Ford Windscreen Weather Station
Satu situasi yang tidak digemari semasa memandu ialah cermin berkabus di dalam kereta. Untuk hilangkannya, anda boleh hidupkan pemanas cermin dan tunggu beberapa ketika.

Situasi tersebut boleh menggangu apabila penglihatan terjejas dan mendatangkan risiko yang tidak baik. Selain menghidupkan pemanas cermin adakah terdapat cara lain?

Ada, Ford melengkapi SUV Kuga dengan teknologi yang dinamakan sebagai Windscreen Weather Station.

Teknologi ini berupaya mengesan kelembapan di udara dan perubahan suhu cermin.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023
Ford

 

Selepas itu penyaman udara diaktifkan secara automatik dan jika perlu hembusan udara bersesuaian dipilih bagi menghilangkan kabus pada cermin.

Windscreen Weather Station dipasang pada cermin depan dan berhampiran cermin pandang belakang. Komponen berukuran 5x3cm itu terdiri dari beberapa sensor.

Sistem yang digunakan pada Ford Kuga turut membantu dalam meningkatkan kecekapan bahan bakar dan merendahkan emisi COdengan mengurangkan penggunaan penyaman udara.

 

Ford Windscreen Weather Station

 

Ford Kuga yang dimaksudkan ialah versi baharu dan model sebelumnya pernah dipasarkan di negara kita.

Ford Kuga baharu ditawarkan dalam tiga varian elektrifikasi iaitu plug-in hybrid, hibrid penuh dan hibrid sederhana. 

Sistem sensor ini adalah satu dari ciri kenderaan Ford dengan teknologi Dual Electric Automatic Temperature Control.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Ford Windscreen Weather Station

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ini kerana Ford dengan baik hatinya melancarkan program pengalaman pemanduan yang menyeluruh dengan…
Berita Global
Transit Custom Nugget dilengkapi dengan pelbagai ciri kemudahan untuk menjadikannya teman percutian…
Berita Global
Nama Mustang GTD tu diambil bersempena dengan kelas perlumbaan IMSA GTD, di mana kebanyakan jentera…