
Reka bentuk Camry yang dipaparkan ini juga berbeza dengan pasaran tempatan. Di Jepun ada tiga varian iaitu Camry WS seperti dalam gambar, Camry G dan Camry X.
Di Amerika Syarikat pun sama, ada versi sporti bagi memenuhi selera pembeli yang berbeza malah lebih agresif dengan kit TRD yang lengkap dari kit badan hingga ekzos.
Selain warna, turut diperbaharui ialah skema warna dalaman coklat dan hitam bagi Camry G (leather package).
Warna dan balutan tersebut diselang-seli pada papan pemuka, kerusi perehat lengan dan konsol tengah.

Slot USB Type C pula menggantikan USB Type A dan dipasang pada Camry WS, WS (leather package), G (leather package) dan G.
Menggerakkan Camry pasaran Jepun ialah enjin 2.5 liter A25A-FXS hibrid dengan pilihan pacuan dua roda atau empat roda e-four.
Tentang harga pula, Camry dijual dari 3,495,000 yen (RM116,832) hingga 4,682,000 yen (RM156,512)
Penulis: Muhammad Md Tajudin