Tahukah anda asal nama Maserati Ghibli? Nama angin!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Maserati Ghibli 1966
Maserati Ghibli 1966
Jenama Maserati sememangnya eksklusif dan di negara kita ia menjadi pilihan pembeli yang tahu keistimewaan kenderan buatan Itali ini.

Bukan setakat keanggunan reka bentuk, cara nama Maserati disebut dengan gaya Itali pun ada kelas tersendiri.

Satu daripada model terkenal Maserati ialah Ghibli yang kini sudah memasuki usia 55 tahun dan sedang diraikan pengeluarnya.

Sejarah Ghibli di khalayak umum bermula pada 3 November 1966 di atas pentas firma reka bentuk Ghia di Pameran Kenderaan Turin.

Model coupé dua tempat duduk itu direka oleh Giorgetto Giugiaro yang pada masa itu berkhidmat dengan Ghia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Maserati Ghibli 1966

 

Bukan setakat nama Maserati, sebutan Ghibli juga sedap dibaca. Nama model itu merujuk kepada angin di di Afrika Utara yang kuat dan panas dan turut membawa sekali pasir.

Maserati memang gemarkan nama angin dan tradisi itu diteruskan dengan SUV baharu Grecale.

Pemilihan nama Ghibli bukan suka-suka, ia dibuat berdasarkan kelajuan model itu sendiri dan juga 'kepanasan' teknikal dan gayaannya.

Ghibli generasi pertama menggunakan enjin rekaan baharu yang dibina dengan input dari enjin lapan silinder Maserati Mexico.

Enjin 4,700 cc itu berkuasa 370 hp sebelum versi dengan output lebih tinggi 4,900 cc diperkenalkan.

 

Maserati Ghibli 1966

 

Satu ciri menarik pada Ghibli ialah penggunaan takung kering (dry sump) yang pada masa itu digunakan untuk perlumbaan.

Maserati memasang takung kering Ghibli pada kedudukan rendah bagi mendapatkan gayaan menarik.

Dengan hud enjin rendah dan gaya keseluruhan boleh dilihat keanggunan dan satu daripada karakter yang menyumbang kepada kejayaan Ghibli.

Reka bentuk Ghibli nampak kemas ibarat satu objek tunggal yang bersahaja. Tiada garis tajam atau sudut keras.

Ghibli nampak lembut dan seperti satu 'statementdan walaupun sudah lebih 50 tahun masih lagi kelihatan segar.

 

Maserati Ghibli 1966

 

Dengan hud leper dan rendah di mana lampu utama dipasang?

Tersorok dan tersimpan ke dalam ditambah dengan gril langsing dan lebar menyerlahkan kesopanan dan karakter sporti model ini.

Satu lagi bahagian yang membentuk karakter Ghibli ialah sisinya. Dari tepi jelas kelihatan bonet yang panjang, rendah dan cermin curam ke belakang.

Kombinasi tersebut menampakkan bentuk garang, sporty dan ekspresif. Selain itu, tiang belakang dengan bentuk segitiga pada Ghibli menjadi identiti pada model-model lain Maserati.

Selepas diperkenalkan di Turin pada 1966, Ghibli menemui pasaran pada tahun berikutnya.

 

Maserati Ghibli Cup

 

Maserati mengubah bahagian dalam Ghibli pada tahun 1968 dan pembeli turut ditawarkan pilihan transmisi automatik selain lima kelajuan manual.

Varian seksi Ghibli Spyder dan pilihan hard top diperkenalkan pada tahun 1969 dan tahun berikutnya Ghibli SS dengan enjin 4,900 cc memasuki pasaran.

Satu lagi fakta menarik tentang Ghibli ialah Henry Ford II membeli dan mempamerkannya di lobi Pusat Pembangunan Produk Ford di Detroit, Amerika Syarikat.

Ghibli dipamerkan untuk dijadikan rujukan dan sumber inspirasi.

 

Maserati Ghibli Trofeo

 

Dari tahun 1967 sehingga 1972 lebih 1,200 Ghibli coupé dan 128 Spyder dikeluarkan.

Sepanjang sejarahnya, ada tiga generasi Ghibli dan model di pasaran sekarang diperkenalkan pada tahun 2013.

Ghibli generasi ketiga lama di pasaran dan walaupun begitu masih lagi nampak seperti sebuah 'statement'.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Maserati Ghibli Trofeo

 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Perlumbaan yang dijadualkan pada Sabtu 13 dan Ahad 14 April itu bakal mengambil tempat di Litar…
Berita Global
Sifat platform yang sangat fleksibel ini membolehkan Stellantis menghasilkan pelbagai jenis model…
Pelancaran
Ia membawakan trenkuasa yang terdiri daripada enjin turbo bersesaran 1,995 cc yang dipadankan…