Tahan lasak dan konsisten - punca Proton R3 menang

oleh HEZERI SAMSURI|
Sembilan jam berentap di atas litar lebih dari cukup untuk membuktikan kelasakan sebuah kenderaan kerana ia dipandu secara ekstrem.

Pasukan Proton R3 menjuarai perlumbaan Sepang 1k 2017 semalam dengan Suprima S R3 nombor 82 yang dipandu oleh Admi Shahrul dan James Veerapen.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mereka mendahului pesaing-pesaing lain dari jenama Jepun yang dijangka akan memenangi perlumbaan tersebut.

Namun begitu cara pemanduan konsisten oleh kedua pelumba itu, disamping kelebihan Proton Suprima S R3 terbukti sukar dikawal.

Sebelum ini Proton dikatakan memenangi perlumbaan kerana skil dan kepakaran pelumba mereka tetapi kali ini Admi dan James menunjukan bahawa jentera Proton itu sendiri banyak membantu untuk memenangi perlumbaan legenda S1k itu.

"Kami tahu jentera kami tidak mempunyai halaju yang tinggi tetapi Suprima S R3 ini mempunyai dua kelebihan yang kami betul-betul gunakan - pengendalian yang terbaik dan prestasi yang konsisten," ujar Admi, pelumba veteran berusia 46 tahun yang juga seorang pelatih pemandu diiktiraf dan dilatih oleh Porsche.

"Cara pemanduan kami yang sama juga membantu. Posisi memandu kami juga tidak banyak berbeza dan ini mempercepatkan proses penukaran pemandu," terang James yang berusia 34 tahun dan sudah mula memandu secara kompetitif sejak berusia 15 tahun.

Team Proton R3 menerima cabaran hebat dari pasukan Honda Malaysia. 

"Sebenarnya, memang kami lebih laju dari Honda semasa perlumbaan itu tetapi kesilapan teknikal menyebabkan kami dikenakan penalti pit drive-through. Ketika itu, pasukan Honda mula merapatkan jurang perbezaan," sambung Admi.

Keduanya mengaku tidak yakin akan memenangi perlumbaan itu walaupun keduanya berada di posisi pole.

"Kami memang berada di pole position tetapi kami tidak begitu yakin pada mulanya tetapi selepas beberapa jam, kami mula yakin akan mencatat sejarah kerana prestasi Suprima S R3 ini begitu konsisten dan ia sangat lasak," kata Admi.

Proton Suprima S R3 yang sama seperti yang digunakan oleh mereka ada di gerai pameran Proton di pertunjukan Malaysia AutoShow di MAEPS, Serdang sekarang.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati, kereta jenis Proton Waja dinaiki dua mangsa itu dari Kuantan menuju ke…
Berita Domestik
"Selepas mencatat rekod jualan baharu pada 2023, jumlah volum industri (TIV) bagi pasaran automotif…
Berita Domestik
PROTON telah menyumbangkan koleksi bahan bacaan kepada SMK Proton City di Tanjong Malim dan…