Sedikit sebanyak maklumat yang kami terima adalah seperti berikut:-
Harga:
RM99,000 untuk transmisi automatik
RM97,000 bagi transmisi manual
Untuk 100 unit pertama, ia adalah unit import sepenuhnya (CBU). Selepas 100 unit ini terjual, model T60 akan dipasang siap (CKD) di sini.
Weststar Maxus juga menawarkan harga promosi sekiranya tempahan dibuat sebelum 6hb Julai, diskaun istimewa akan diberikan sebanyak RM3,000.
Spesifikasi
T60 dikuasakan dengan enjin VM Motori 2.8L Turbodiesel, empat silinder yang menghasilkan 150 kuasa kuda dan tork 360Nm. Transmisi T60 adalah enam-kelajuan dari enjin R428 DOHV VGT.
Mod pemanduan yang diberikan adalah tiga iaitu Biasa, Eco dan Kuasa (Normal, Eco dan Power) dengan putaran dail 2H-4H-4L.
Ciri Keselamatan
T60 ini didatangkan dengan pelbagai ciri keselamatan seperti trak-trak pikap terkini seperti ESP, ABS, TMPS, Lane Departure Warning dan telah dianugerah lima bintang A-NACP. Selain itu ia juga dilengkapi dengan enam beg udara.
Infotainmen
Tidak banyak butiran yang diberikan tentang bahagian ini, cuma dinyatakan bahawa ia didatangkan dengan skrin sesentuh bersaiz 10inci yang boleh dihubungkan dengan car-play. Port USB serta bluetooth dan MP3 turut disediakan..
Bahagian Luaran (Exterior)
Bahagian lampu hadapan dan DRL adalah dari jenis LED (varian automatik sahaja). Saiz rim aloi untuk unit CBU ini adalah 19inci. Saiz ini mungkin berubah pada unit CKD nanti.
Bahagian Kabin (Interior)
Pada kami ruang kabin dalam adalah biasa sahaja dengan kemasan berwarna gelap termasuk bahagian tempat duduk. Corong pendingin hawa untuk penumpang belakang juga disediakan.
Terdapat tujuh warna pilihan yang diberikan. Namun, masa menunggu T60 ini adalah 120 hari (tiga bulan) dan apabila dirasmikan kelak, beberapa perubahan kecil dari aspek spesifikasi akan dimaklumkan kelak.
Ingin melihat lebih dekat lagi T60 ini? Ia berada di bilik pameran Weststar Maxus di Jalan Tun Razak pada hujung minggu ini.