Konsep yang bernama T-Log dari Einride ini masih lagi dalam fasa konsep lukisan komputer mempunyai kepala yang kecil kerana tidak perlu menggunakan pemandu.
Itu akan menambahkan ruang muatan dan mengurangkan pembaziran. Einride percaya kehadiran pemandu adalah sebab kenapa lori balak menjadi mahal.
T-Log boleh dipandu secara kawalan jauh dan teknologi pemanduan sebegitu memang telah digunakan di kawasan perlombongan.
Selagi ujian tidak dilakukan di jalan-jalan balak di Sabah dan Sarawak, T-Log ini boleh T-Dor dahulu.