Aidilfitri bakal tiba tidak lama lagi. Oleh itu, Toyota kini ada menawarkan kempen “Syoknya!!!Shopping Raya Dengan Toyota”.
Kempen ini bermula dari 10 jun hingga 11 jun 2017 dan akan berlangsung lagi pada 17 Jun hingga 18 jun 2017 bertempat di IOI City Mall Putrajaya.
Apa yang anda perlu lakukan adalah lawati booth Toyota di aras LG dan mendaftar untuk membuat pembelian dan kemudian pulang ke rumah dengan menaiki kenderaan Toyota yang telah disediakan.
Bagi pelanggan yang membeli-belah di HomePro dan Parkson berpeluang menyertai cabutan bertuah untuk 50% pulangan rebat daripada bil pembelian (tertakluk kepada terma dan syarat).
Bagi pemilik sedia ada kenderaan Toyota, anda boleh mendapatkan biskut serta sampul duit raya secara percuma dengan hanya menunjukkan kunci kereta anda.
UMW Toyota juga sedang menjalankan promosi Aidilfitri Drive yang menawarkan rebat tunai sehingga RM5,000.