SYM Jet X rasmi dilancarkan - bermula dari RM8,888

oleh Mohamad Hanif|
MForce baru-baru ini melancarkan secara rasmi skuter SYM Jet X untuk pasaran Malaysia setelah sesi pratonton yang dibuat pada April lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

SYM Jet X hadir dalam dua varian, iaitu versi Standard (harga dari RM8,888) serta versi Special Edition yang dijual pada harga bermula RM9,188.

 


Kedua-dua varian hadir dengan enjin silinder tunggal 149.6cc yang menghasilkan 12.3 hp dan 12 Nm daya kilas dengan sistem suntikan bahan api.

Sistem suspensi menggunakan fork teleskopik di hadapan, dan penyerap hentakan berkembar di belakang sementara sistem brek pula adalah jenis CBS (Combined Brake System).

 


Antara ciri menarik yang ada pada skuter ini termasuklah reka bentuk yang eksklusif, sistem kekunci pintar dengan penggera, lampu LED penuh, soket pengecasan USB untuk peranti pintar serta skrin paparan LCD yang didatangkan dengan fungsi auto kelam.

Kapasiti tangki bahan api pula adalah sebesar 7.5 liter, sementara ruang di bawah tempat duduk pula mampu memuatkan helmet fullface (kapasiti 18 liter).

 


Setiap skuter SYM Jet X didatangkan dengan jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perbatuan 20,000 km (yang mana terdahulu).