SYM Jet X 150 & WMoto Xtreme 150i - bermula dari RM8k, mula dijual Jun ini

oleh Mohamad Hanif|
Semalam, MForce Bike Holdings Sdn Bhd memperlihatkan dua buah model baharu yang akan memasuki pasaran Malaysia sekitar Jun/Julai tahun ini.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Model yang dimaksudkan itu adalah SYM Jet X 150 dan WMoto Xtreme 150i, dengan harga anggaran bermula dari RM8 ribu sehingga RM10 ribu.

 

SYM Jet X 150


Skuter SYM Jet X ini dikuasakan oleh enjin silinder tunggal 149.6 cc yang menghasilkan 12.3 kuasa kuda @ 8,000 rpm dan 12 Nm @ 6,000 rpm.

Dari segi kelengkapan, SYM Jet X ini didatangkan dengan fork teleskopik hadapan jenis biasa, penyerap hentak berkembar dengan pelarasan pra-beban tiga tahap, rim bersaiz 14 inci dengan tayar 100/90 hadapan dan 110/80 belakang.

 


Sistem brek pula terdiri daripada rotor bersaiz 260 mm dan 220 mm, namun unit awalan akan dibantu dengan sistem brek CBS, manakala model ABS pula akan diusahakan pada masa akan datang.

SYM Jet X membawakan reka bentuk yang sporti, dengan kehadiran lampu utama LED dengan lampu nyalaan siang, penghadang angin, pengecas USB, panel meter LCD digital penuh, serta sistem kunci pintar dengan penggera.

 

 

WMoto Xtreme 150i


Membawakan penggayaan seperti Honda ADV 150, skuter adventure ini hadir dengan enjin 149.3 cc yang menghasilkan 12 hp @ 8,500 rpm dan daya kilas 11.8 Nm @ 5,000 rpm.

Tidak seperti SYM Jet X, WMoto Xtreme 150i didatangkan dengan sistem suspensi hadapan jenis USD, sistem penyerap hentak tunggal di belakang, serta sistem brek yang turut didatangkan dengan bantuan ABS dua saluran.

 


WMoto Xtreme 150i menggunakan rim bersaiz 14 inci yang dibaluti tayar 100/80 hadapan dan 120/70 belakang, di mana ketinggian tempat duduk adalah 765 mm dengan jarak kelegaan tanah setinggi 180 mm.

Selain daripada itu, kapasiti tangki bahan api pula adalah sebesar 11 liter.

Antara ciri lain yang dimuatkan termasuklah lampu LED, lampu nyalaan siang DRL, sistem bantuan mula-berhenti, paparan meter LCD digital penuh, dua soket pengecasan kuasa (USB dan 12V), serta penghadang angin hadapan yang boleh dilaras.

 


Sumber: Paultan