Sygic papar teknologi Real View dalam sistem navigasi

oleh Mohamad Hanif|
Ketika di dalam bandar, penggunaan aplikasi pemetaan Google Maps lebih kami gemari berbanding Waze oleh kerana ia akan memaparkan laluan mana yang perlu anda lalui, terutama di jalan raya Kuala Lumpur yang berubah saban tahun.

Namun, adakalanya sebagai manusia, kita akan terlepas pandang kerana terdapat dua simpang yang mengelirukan dalam satu jalan yang sama. 

Menerusi konsep Real View yang dibangunkan oleh Sygic, sistem navigasi kini maju setapak ke hadapan dengan menggunakan teknologi realiti gabungan.

Menggunakan kamera peranti pintar, imej dunia sebenar akan dipaparkan bersama-sama arahan navigasi. 

Jadi, pengguna tidak lagi perlu meneka lorong mana yang harus diambil, selain cakna dengan had kelajuan semasa menggunakan ciri pengesan papan tanda had laju yang terbina dalam.

Sygic juga sedang meneroka kemungkinan untuk mengintegrasikan sistem ini ke dalam unit infotainmen memandangkan kenderaan moden kini sudah dilengkapi dengan sistem kamera tersendiri. 

Selain daripada itu, Sygic juga akan melaporkan kemalangan secara automatik ke dalam sistem, dan memberitahu notifikasi tersebut kepada para pengguna jalan raya yang lain. 

Sumber: Sygic

Add new comment

Careta Ad