Syed Zainal terajui Moovby - platform perkongsian kenderaan

oleh HEZERI SAMSURI|
Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir kini dilantik menjadi pengerusi bukan eksekutif untuk syarikat Moovby.

Syed Zainal ialah mantan pengarah untuk Petronas Dagangan Berhad. Sebelum itu, beliau pernah bertugas di Perodua dan juga Proton.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebuah syarikat tempatan, Moovby diwujudkan dalam tahun 2017 oleh pengasasnya dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nik Muhammad Amin Nik Muhammad Kamal. 

Ia adalah platform perkongsian kenderaan Peer-to-peer (P2P) di mana pemilik kereta boleh menyewakan kenderaannya kepada pengguna lain, mirip konsep Air BNB.

Moovby mula memasuki pasaran Indonesia dalam tahun 2019 dan ia kini beroperasi di Depok, Bogor, Tangerang, Bekasi, Semarang dan Surabaya dengan jumlah 20,000 kenderaan di dalam sistemnya.

Moovby bercadang untuk melebarkan sayapnya ke Jogjakarta, Kalimantan, Sulawesi dan Lombok.

Nik Muhammad berkata pandemik Covid-19 tidak begitu memberi kesan kepada perkembangan Moovby dan ia semakin popular di negara jiran itu.

Sekiranya anda mempunyai banyak kenderaan dan jarang digunakan dan anda tidak kisah ia disewakan untuk jangka masa pendek, Moovby adalah jawapan anda.


 

Berita Berkenaan

Berita Global
Nampaknya China sudah sangat hampir dengan pemikiran Eropah dan ini terbukti apabila Freeman Shen,…