Syarikat Ukraine pecah rekod motosikal elektrik terpantas di Bonneville - 172.52 km/j

oleh Mohamad Hanif|
Pengeluar e-bike dari Ukraine, Delfast yang sebelum ini telah berjaya memecahkan rekod Guinness World Record kini menambah sebuah lagi catatan terbaharu - memecahkan rekod kelajuan terpantas di tasik garam terkemuka dunia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pada cubaan terdahulu, Delfast menggunakan ebike Prime yang dilancarkan pada tahun 2017 untuk memecahkan rekod dunia untuk kategori jarak terjauh yang dicapai oleh sebuah basikal elektrik sejauh 367.037 km.

Untuk rekod kali ini, Delfast menggunakan motosikal elektrik Dnepr yang dibangunkan khas untuk memecahkan rekod Bonneville Speed Week 2021.

Delfast Dnepr dibangunkan berdasarkan model motosikal veteran dari Ukraine, Dnepr yang telah berjaya memecahkan rekod sepantas 168.62 km di Bonneville pada tahun 2018.

Disebabkan Delfast kini memegang hak harta intelek dan tanda dagang Dnepr, pengeluar itu mengekalkan identiti asal Dnepr namun dengan beberapa penambahbaikan, seperti contoh kawalan yang dinaiktaraf, motor synchro berkuasa 134 hp, penyongsang daya cengkaman (traction inverter) 1,000 Hz serta pek bateri 22,000 mAh yang mampu menyalurkan kuasa sehingga 800 voltan!

Jentera motosikal elektrik itu dikendalikan oleh Serhii Malyk yang sebelum ini turut muncul memecahkan rekod yang sama pada tahun 2018, di mana pada cubaan kali ini beliau berjaya mencapai kelajuan 172.52 km/j sekaligus memecahkan rekod baharu.

Sumber: New Atlas