Syarikat UK bangunkan jentera bomba Hilux 6x6 untuk tangani kebakaran bateri EV

oleh Mohamad Hanif|
Sebuah syarikat Britain telah membangunkan sebuah sistem baharu yang dikatakan mampu menangani insiden kebakaran yang melibatkan bateri kenderaan elektrik dengan lebih cekap dan berkesan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Disebalik trak pikap Hilux yang telah diubah menjadi sebuah jentera bomba 6x6, tersedia sistem Coldcut Cobra yang dibangunkan oleh Prospeed Motorsport di York.

Sistem ini akan menyuntik air yang mengandungi bahan pelelas (abrasive material) ke dalam casis bateri pada tekanan 300 bar – atau 100 kali lebih tinggi berbanding tekanan udara di dalam tayar.
 

hilux


Berdasarkan kes-kes kebakaran yang berlaku sebelum ini, kebakaran melibatkan bateri EV memerlukan ribuan liter air untuk menyejukkan sistem bateri, disebabkan kandungan lithium yang sangat sensitif kepada suhu tinggi.

Namun dengan sistem baharu itu, mereka berjaya membuktikan penggunaan air sebanyak 240 liter adalah mencukupi untuk menghalang api daripada merebak daripada satu sel kepada sel bateri yang lain.

Kenapa Hilux digunakan?
 

hilux


Ini kerana kebanyakan kes-kes kebakaran EV berlaku di kawasan tertutup seperti kawasan parkir bertingkat di mana had ketinggian menyukarkan jentera bomba yang rata-ratanya bersaiz besar dan tinggi untuk masuk dan mengawal kebakaran di tempat kejadian.

Sebagai perbandingan, trak Hilux 6x6 ini hanyalah setinggi 1,850 mm, dan amat mudah digunakan untuk memasuki kebanyakan kawasan parkir.
 

hilux


Trak Hilux yang asal telah dipanjangkan sebanyak 1,230 mm sebelum ditambah dengan gandar ketiga, tangki air sebesar 1,200 liter dan pembeza pembahagi tork, menjadikan berat keseluruhan jentera bomba Hilux ini menjadi 5,600 kg!

Dengan menggunakan  sistem Coldcut Cobra, hanya 20 peratus sahaja kandungan air yang digunakan untuk mengawal kebakaran melibatkan kereta elektrik.
 

hilux


Buat masa ini, Hilux 6x6 ini sedang diuji di Czech Republic, dan salah satu unit juga kini menjadi sebahagian daripada armada pengawal kebakaran di sebuah pengeluar EV yang enggan dinamakan.

Berita Berkenaan

Berita Global
Pagi Sabtu tanggal 18 Februari, sebuah Tesla Model S dilapor merempuh sebuah trak bomba yang…
Berita Global
  Video yang disiarkan di media sosial menunjukkan pesawat itu bergerak di landasan, terbakar dan…
Berita Global
Trak bomba RTX itu diproduksikan oleh Rosenbauer, di mana mereka turut mendakwa model tersebut…