Syarikat trak MAN bakal buang 9,500 pekerja

oleh HEZERI SAMSURI|
Syarikat trak MAN, iaitu milik Volkswagen Group bercadang untuk mengurangkan tenaga kerjanya sehingga 25 peratus dan menutup tiga kilangnya dalam usaha untuk meningkatkan keuntungan dan mencari modal bagi pelaburan dalam kenderaan-kenderaan baharu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Sehingga 9,500 pekerja bakal dibuang kerja jika MAN meneruskan rancangan tersebut.

Tiga kilang yang akan ditutup itu pula ialah dua kilangnya di Jerman, iaitu di Plauen dan di Wittlich sementara satu lagi di Steyr, Austria.

Pengstrukturan ini akan meningkatkan keuntungan operasi MAN sebanyak Euro 1.8 billion atau sebanyak 8 peratus menjelang 2023.

Menurut persatuan industri ACEA, penjualan kenderaan komersil di Eropah turun sebanak 35 peratus dalam enam bulan pertama tahun ini.


 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
MAN Malaysia bakal menawarkan casis bas elektrik sepenuhnya bersama casis konvensional yang…
Berita Domestik
Ini ialah untuk menjana penggunaan sawit negara itu dan sejak tahun 2020, Malaysia juga menggunakan…
Pelancaran
eTruck itu sudah hampir siap untuk dihasilkan bagi jualan umum yang bakal bermula dalam tahun 2024…