Syarikat-syarikat kenderaan dan aero angkasa British mula bina ventilator untuk bantu negara

oleh HEZERI SAMSURI|
Beberapa syarikat British yang pakar di dalam aero angkasa dan pembuatan kenderaan telah bergabung untuk membentuk tiga kumpulan dan sedang membina ventilator atau alat pengedar udara yang ringkas bagi membantu Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan negara itu dalam menganangi masalah akibat wabat coronavirus.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Tiga kumpulan itu diketuai oleh syarikat aero angkasa Meggit (MGGT.L), Nissan dan McLaren.

McLaren telah menawarkan kepakaran di dalam rekabentuk dan kejuruteraan kepada pihak kerajaan dalam usaha untuk membina ventilator ringkas tersebut.

Isnin lalu, Perdana Menteri Britain, Boris Johnson menggesa syarikat-syarikat perkilangan seperti Ford, Honda dan Rolls Royce untuk membantu menghasilkan peralatan kesihatan termasuk ventilator.

Ratusan syarikat telah menyahut seruan kerajaan Britain itu dan mereka berharap perancangan untuk menghasilkan alatan-alatan itu akan dikemukakan dalam masa yang terdekat ini.

* Laporan asal dari The Reuters

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Daripada maklum balas yang diterima @straits_times, AIG berkata keputusannya dibuat berdasarkan ‘…
Berita Global
Mumtalakat kini merupakan pemegang besar saham dengan kira-kira 60 peratus kepentingan dan menuju…
Berita Global
  Selain kemewahan dan keselesaan, kereta GT juga membawa maksud pemandu dan penumpang mempunyai…