Syarikat Sweden mahu hasilkan payung terjun keselamatan untuk penunggang motosikal

oleh HEZERI SAMSURI|
Sebuah syarikat Sweden, Airbag Inside mahu menghasilkan beg udara keselamatan untuk penunggang motosikal yang turut mengandungi sebuah payung terjun dan beg udara untuk kasut but.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Konsep unik itu terdiri dari dua payung terjun kecil menggunakan tabung gas atau peledak untuk "membuka" payung terjun itu agar penunggang motosikal diseret keluar dari motosikal sebelum kenderaan itu melanggar objek-objek lain.

Ia mungkin dihasilkan lebih untuk kegunaan litar di mana arah motosikal yang terbabas itu lebih mudah untuk diagak. Mungkin juga kerana di litar, tidak ada kenderaan lain yang besar di belakang untuk merempuh penunggang yang tiba-tiba muncul di udara.

 

 

Airbag Inside sebeanrnya sudahpun menghasilkan beg udara terbina di dalam untuk penunggang motosikal dan ia kelihatan lengkap dan selamat.

Beg udara terbina di dalam jaket menunggang bukannya satu idea baharu dan memang sudah ada dijual di dalam pasaran. Dainese contohnya sudah ada menjual jaket D-Air dan boleh didapati di Malaysia.

Motosikal sememangnya adalah kenderaan yang mempunyai risiko yang tinggi untuk penunggang dan penumpangnya dan pelbagai usaha dilakukan untuk mengurangkan risiko itu.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Kluang, Superintenden Bahrin Mohd Noh berkata, pihaknya menerima laporan…
Berita Domestik
"Kita sedang menjalankan siasatan lanjut mengenai kes ini, bagi mereka yang ada rakaman kamera…
Berita Domestik
Menurutnya, seramai 58 pelajar berusia 17 tahun dan seorang berusia 15 tahun telah diperiksa dalam…