Syarikat perkapalan Norway haramkan penghantaran kereta elektrik

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Havila Krystruten merupakan salah satu dari dua syarikat yang berlayar menghantar penumpang dan barangan diantara bandar Bergen dan Kierkenes di Norway.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Baru-baru ini syarikat tersebut telah menyatakan bahawa mereka akan melarang semua penghantaran melibatkan kereta elektrik.

Umum mengetahui bahawa kejadian yang melibatkan kebakaran EV telah menimbulkan kerisauan banyak pihak akibat kesukaran untuk memadamkan apinya.

Syarikat itu sebelum ini telah melakukan satu penyiasatan luaran yang menyebabkan keputusan pengharaman tersebut, antara sebab keputusan itu diambil kerana keselamatan kebakaran di atas kapal yang digunakan.

 

2

 

Havila Krystruten sebelum ini memfokuskan kepada penghantaran penumpang dan barangan, kini syarikat itu hanya memfokuskan penghantaran kereta persendirian dengan enjin pembakaran dalaman.

Kerisauan terhadap kebakaran di atas kapal meningkat sejak kebelakangan ini, lebih-lebih lagi kejadian terbaru melibatkan kapal Felicity Ace yang tenggelam akibat kebakaran melibatkan lebih 4,000 kereta di atasnya pada 2022.

Walaupun penyelidikan menunjukkan bahawa peratusan kereta ICE lebih kerap terbakar berbanding EV, Havila Krystruten menunjukkan keupayaan memadam kebakaran kapalnya sebagai sebab keputusan pengharaman itu diambil, dan bukannya disebabkan kekerapan kebakaran.

Namun langkah pengharaman itu dilihat sebagai masalah kerana Norway adalah salah satu negara dengan pengguna EV paling besar di dunia, dimana 80 % kereta yang dijual pada 2022 terdiri dari EV.

 

3

 

Havila Krystruten berkata mereka akan mengkaji cara untuk meminimumkan risiko mengangkut kereta EV dan hibrid pada masa akan datang.

Sementara itu, satu lagi syarikat perkapalan iaitu Hurtigruten, mengatakan bahawa mereka akan terus mengangkut semua jenis kereta tanpa mengira trenkuasa yang digunakan.

 

Baca: Cabaran baru bomba padam api EV

 

Sumber: carscoops

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Harga bermula dari RM200,700 untuk Model Y, RM247,700 untuk Model Y Long Range dan RM289,700 bagi…
Berita Global
Menurut laporan Nikkei Asia, Toyota Motor akan menangguhkan sementara penghantaran bagi 10 buah…
Berita Global
Dalam tiga bulan terakhir tahun 2022, pembuat kereta elektrik mewah itu sudah menghantar 405,278…